14 Februari 2009

PENGALAMAN PERCUMA!- jadi ASSISTANT Dr.


Senior: Adik free dok esok? meh gi sekolah , ada program best !
ana : gapo dia?
senior : aaa...kita gi daftar ajk dulu deh !.

Pengalaman cukup bermakna buat ana selaku pelajar Tahun 1 perubatan ,Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian.Siapa sangka ,dapat jemputan "free" oleh senior Tahun 3 ke PROGRAM ANAKKU SOLEH-sunnathon anjuran PAPISMA ( Persatuan aperubatan Ibnu Sina Malaysia ),Hospital USM dan pelajar perubatan USM.

Terfikir sejenak, dan bertanya pada diri "kakak nak "handle patient "?Tapi kita kan perempuan....Dr. lelaki kan ada?.Boleh kah?Lantas soalan ini ana tanyakan pada senior ."adik, do you remember our "OATH OF GRADUATES" ? ana menjawab:

" yes sister,
In The name of God,
"we promise to devote our lives in serving Mankind, poor or rich,literate or illeterate, irrespective of race & religion with patience and tolerance,with virture and reverence,with knowledge and vigilance, and with Your love in our heart."


" We are trained here to be proffessional dr.,but not a choosy dr..We treat patients equally regardless their status of life."Itulah jawapan yang ana terima walaupun masih ada rasanya persoalan yang masih berlegar dalam kepala ini.Apabila memerhatikan kehidupan dr. , terlalu banyak persoalan yang bersangkutan antara Islam dan " Life as a dr" .Ana sedang dalam proses "searching for the truth " dalam kehidupan yang banyak persoalan ini.InsyaAllah ana akan bincangkan pada slot akan datang.

Berbalik pada program ini...

13 disember 2008 ,bermula pada pukul 8 .30 pagi "medical team " dan staf Pusat Islam telah sampai ke sebuah sekolah rendah ( sorry , i don't remember the name of the school). Program ini berlangsung selama 2 hari , hari pertama sebagai perasmian & taklimat diikuti dengan acara kemuncak iaitu " sunnathon " pada hari berikutnya. Ini merupakan antara program khidmat masyarakat anjuran PAPISMA dengan objektif mendekati masyarakat dan "berkhimat " untuk mereka.
"Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan " ( al- Maidah:93 )
Pada mulanya ana ditugaskan sebagai ajk pendaftaran dan rekod di kaunter .Berkomunikasi ( kecek kelate ) dengan ibu bapa dan melayan karenah adik-adik bawah 12 tahun adalah tugas paling mencabar ana rasakan... Satu demi satu , dua demi dua, bahkan lebih dari itu ,datang menyerbu meja pendaftaran.Alhamdulillah, setelah " registration rules" dibuat,maka perjalanan agak mudah.Hampir 3 jam duduk bermandi keringat di kaunter pendaftaran bersama rakan yang lain.Sabar.....Allah menyukai orang-orang yang sabar..


Setelah pendaftaran selesai, maka adik -adik kecil ini diminta untuk "mandi berjemaah",disirami air dari paip bomba. Lucu....macam -macam gelagat.Ada yang menggigil, ada yang seronok dan ada pula yang cuba untuk " melarikan diri".Selepas lebih kurang 5 minit " berbasah" maka ibu-ibu mula mendapatkan anak-anak mereka untuk dibersihkan ,disalin pakaian dan "sesi kaunseling khas" sebelum melalui satu pengalaman baru yang bermakna dalam hidup adik-adik ini-meninggalkan zaman kanak-kanak dan melangkah ke zaman remaja. Setelah giliran dipanggil, kelihatan macam -macam gelagat yang masuk ke bilik khatan.Ada yang masuk dengan "RELAX","SHIVERING" dan tidak kurang juga "SCREAMING & CRYING". Rasanya, pelbagai andaian & tanggapan yang bermain-main dalam minda adik-adik ni, yang mungkin dipengaruhi oleh kartun anak-anak sidek,cerita Yusof Sontorian dan cerita abang-abang dan rakan yang telah melalui "proses peralihan" ini.Setelah beberapa jam kemudian........macam-macam bunyi kedengaran dari bilik khatan.....mak!!.....aduh.!!.....jangan tengok ...!sudah!!. ..Namun ada juga yang tertidur...tenang....dan membaca surah al-fatihah & al- ikhlas....Kelihatan beberapa orang adik-adik lain cuba mengintai-intai melalui celahan tingkap, menyaksikan apa yang berlaku di dalam bilik yang tertutup tersebut .Wah....dahsyatnya!!

Ana diminta untuk berjumpa denagn ustazah yang berada dalam bilik khatan untuk menyelesaikan 1 masalah pendaftaran..Kemudian ...seorang senior mempelawa...."jom masuk,assist akak"."Haa?...Tapi.....Jomlah,adik da sampai ni....Kak Muna & rakannya siap dengan kostum OT kelihatan bersedia untuk "surgery " ini.Tiba-tiba adik ini meraung......Aaaaaa....."Efi tolong tenangkan dia"..tak berjaya....meraung lagi....datang seorang senior Tahun 2....bertambah nangis....sampailah "prosedure" tamat, lebih kurang 30 minit, barulah adik ini " back to his normal emotion".Huh...bukan senang untuk "treat patient's physical and emotion pain".Kadangkala prosedur susah hendak diteruskan kerana adik-adik ini melayan emosi lebih daripada melawan kesakitan. Kemudian ana memakai kostum OT dan bersedia untuk menjadi "dr's assistant".

Kali ini dengan Dr.Din...kes ini berbeza..adik ini kelihatan tenang sambil membaca ayat suci al Quran atas saranan dr. untuk memberi ketenangan dan memudahkan prosedur dijalankan.Ana belajar daripada situasi ini...lantas teringat bahawa "dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang".Dalam prosedur itu, ana sempat bertanya soalan itu dan ini kepada dr.,dan menurutnya , pembedahan ini adalah pembedahan kecil yang tidak memerlukan bius,memadai pesakit berada dalam keadaan tenang, maka prosedur berjalan dengan lancar.Ana pun mengambil kesempatan belajar menggunakan "surgery tools","cutting"dan membuat "incision".Bukan mudah...semuanya perlukan ketelitian..ana belajar untuk bersikap teliti sebagaimana Allah telah menciptakan makhluknya dengan penuh ketelitian.Tiada sebab untuk manusia tidak "berterima kasih " pada Tuhan yang menciptakan mereka sebaik-baik kejadian...BERSYUKURLAH...nikmat Allah bertambah-tambah pada yang bersyukur..
" Dan terhadap nikmat Tuhanmu,hendaklah engkau nyatakan ( dengan bersyukur )"
( ad-duha:11)


Syukur...program selesai pada petangnya .Walau terasa agak penat, namun berbaloi dengan pengalaman "percuma " ini buat ana yang baru bergelar pelajar Tahun 1 perubatan walaupun silibus kuliah tertumpu lebih kepada "Anatomy, pysiology dan biochemistry".InsyaAllah kesungguhan untuk menuntut ilmu akan diteruskan untuk menghabiskan pengajian 5 tahun ini dengan cemerlang,menjadi "Muslim Doctor" walaupun tidak sehebat Ibnu Sina , namun akan tetap berusaha "to be The Best Muslim" dan "berkhidmat untuk masyarakat." Moga Allah merahmati hambanya yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya...

Brothers and sisters in Islam,
"Sharing is loving." Moga perkongsian ini memberi makna buat semua.Jika ada kesilapan @ menyinggung perasaan harap dapat dimaafkan. "Think positive young Muslims "!
Segala yang indah datangnya dari Allah..

Praise be to Allah Almighty, The Cherisher and Sustainer of the universe.May peace and blessing of Allah Almighty be upon Muhammad .Thank you Allah

Ameen...


~ Return To Allah, Return To Islam ~


2 ulasan:

  1. Hm...perkongsian yang baik lagi bermanfaat.
    Mudah2an kita semua beroleh manfaat.. :)

    BalasPadam
  2. Efi,
    Kak pun belum pernah turun program sunathon macam ni. Papisma pulak tu..
    As muslim, we are very lucky to have islam as our guideline, the so called 'oath' to us.

    Non muslim only got the hippocrates oath, itupun belum tentu mereka berpegang dengannya..

    Izzah dengan Islam

    BalasPadam