Malam Ramah Mesra Aidilfitri Alumni Cawangan Borneo
.
Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..



Sedutan ucapan:
"Senang jak mahu maintain antara akademik dengan persatuan.. Yang penting kamu semua IKHLAS kerana Allah swt. Dan, jangan sesekali 'bercewek'!"
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan) dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
PESANAN:
Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
1) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
2) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
3) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
4) Kurangkan kadar makanan dari biasa.
5) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
6) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
1) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).
2) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam.
3) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan
alahan.
4) Mengulangi makan sepanjang malam.
5) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
6) Tidur selepas kenyang makan.
Makanan/perkara yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
1) Kopi dan teh.
2) Air paip masak yang tidak ditapis.
3) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
4) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention).
5) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah.
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki
manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
1) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak).
2) Makan kerap.
3) Kuih-muih yang payah dihadam.
4) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan.
Manfaat puasa yang berkekalan:
1) Kurang makan kerana perut dah kecut.
2) Kesihatan bertambah baik.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat manfaat)."

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki,dan Allah Maha Luas , Maha Mengetahui"Assalamualaikum & salam Ramadhan kepada semua sahabat alumni & pengujung maya yang setia .
al-baqarah: 261
Buku ini membahaskan tentang sebuah isu yang diwarwarkan oleh kaum sekular yang mengatakan bahawa Syariat Islam tidak pernah berjaya diterapkan dalam kehidupan, kecuali semasa pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin. Ini disebabkan ada sebahagian cendekiawan sentiasa menceritakan perkara-perkara yang elok tentang Islam dan keistimewaannya, namun mereka membatasinya hanya pada masa pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin sahaja. Menurut penilaian mereka, keagungan tersebut seolah-olah terhenti pada zaman Khulafa’ Ar-Rashidin, dan zaman yang berikutnya merupakan zaman yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan.
Bahkan lebih memeranjatkan, kaum sekular tersebut juga mengatakan bahawa setelah dilakukan penelitian terhadap sejarah umat Islam, ternyata bahawa syariat Islam tidak pernah berjaya diterapkan, kecuali semasa pemerintahan Umar r.a ( Khalifah Arrashidin yang pertama).
Orang yang pertama kali berpendapat sedemikian ialah Syaikh Khalid Muhammad Khalid. Di dalam bukunya, ‘Min Huna Nabda’ (bermaksud,‘Dari sini kita bermula’), telah menulis pernyataan yang bermaksud seperti berikut:
“Janganlah kau sekali-kali mengatakan generasi selepas Rasulullah s.a.w ialah generasi yang mendapatkan petunjuk. Penguasa pertama (Abu Bakar) hanya berkuasa selama 2 tahun. Walaupun begitu, dalam tempoh 2 tahun tersebut, ia sibuk memerangi mereka yang murtad. Zaman kekuasaan Usman ialah zaman yang mana fitnah telah timbul ketika itu dan akhirnya, Usman telah terbunuh. Sedangkan zaman kekuasaan Ali ialah zaman yang mana perang saudara antara umat Islam telah berlaku. Jika berlaku sedemikian, maka zaman Khulafa’ Arrashidin hanya aman pada zaman pemerintahan Umar Al Khatab. Padahal zaman pemerintahan Umar hanyalah seutas daripada rangkaian sejarah yang tidak mungkin berulang. Setelah pemerintahan Khulafa’ Arrashidin berakhir, kekuasaan Islam telah menyimpang dari ajaran dan nilai-nilai Islam.”
Walaupun begitu, menurut Dr Yusuf Qardawi, Syaikh Khalid telah menarik balik pendapatnya itu. Beliau mengakui, pendapat beliau itu telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada pelbagai pihak. Sebagai bukti beliau menarik balik pernyataan tersebut, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Al-Daulah fi al-Islam (Konsep Negara Menurut Islam). Melalui buku ini, beliau menekankan bahawa Islam adalah agama dan Negara. Beliau juga menjelaskan sebab-sebab keluarnya pendapat beliau yang sekular itu. Semoga Allah membalas segala kebaikan Syaikh Khalid dengan kebaikan yang berlipat ganda.
Menyedihkan apabila pihak yang tidak bertanggungjawab mngambil pernyataan tersebut dan menggunakannya untuk menghentam Islam.
Salah seorang daripada mereka berkata, :Apakah kamu mahu mengembalikan kami kepada keadaan sedemikian?..
Mereka mencari tentang penyelewengan sejarah supaya seolah-olah Islam yang menanggung dosa-dosa tersebut.
Menurut Dr Yusuf Qardawi, terdapat beberapa kekeliruan di sisi kaum sekular pada pernyataan di atas. Pertama sekali, mereka telah menyempitkan konsep kejayaan pemerintahan berkhalifah hanya pada zaman Umar bin Khattab r.a. Tidakkah mereka buka mata mereka untuk melihat kejayaan yang telah ditempa semasa pemerintahan Abu Bakar r.a, meskipun dalam tempoh yang sangat terbatas.-Abu Bakar r.a telah berjaya memerangi mereka yang murtad dan enggan membayar zakat, lalu mengembalikan mereka ke pangkuan syariat Islam.
-Kekuasaan yang dipimpin Abu Bakar merupakan pemerintahan pertama yang mengobarkan peperangan dan mempersenjatai bala tenteranya untuk membela hak-hak kaum fakir yang lemah.
-Beliaulah yang memulakan penaklukan dan perluasan wilayah Islam. Pada zaman tersebut, Islam mampu menakluk Persia dan Romawi. Dalam setiap peperangan yang diperintahnya, beliau sentiasa memupuk sikap-sikap dan etika yang baik kepada para perajuritnya.
-Di dalam khutbahnya semasa dilantik sebagai khalifah, beliau telah menerapkan kepada rakyatnya supaya taat kepadanya, selagi dia taat kepada Allah, tetapi jika beliau sebagai pemerintah tidak taat kepada Allah, maka rakyat tidak wajib untuk mentaatinya lagi.
Merujuk kepada pernyataan dan sikap Abu Bakar ini, Dr Hussain Haikal mengatakan bahawa sikap Abu Bakar merupakan satu mukjizat sejarah, kerana dalam tempoh 2 tahun 3 bulan, beliau berjaya memimpin masyarakatnya sehingga mereka menjadi umat yang bersatu-padu dan kukuh.
Begitu juga, semasa awal pemerintahan Usman r.a. Dalam riwayat-riwayat yang sahih, telah dikisahkan bahawa beliau ialah khalifah Islam pertama yang pada masa itu umat Islam berjaya menyeberangi lautan untuk berjihad di jalan Allah. Selain itu, antara sumbangannya ialah, beliau telah memfatwakan pelbagai hukum fiqh dan sistem politik negara yang memiliki nilainya yang tersendiri.
Kaum-kaum sekular juga tidak mengetahui kegemilangan yang berjaya dilakukan oleh Ali Karramallahu Wajhah. Antaranya ialah tentang prinsip-prinsip politik kekuasaan , pengurusan kewangan negara, serta cara untuk berhadapan dengan pemberontak negara, meskipun berlaku perselisihan antara beliau dengan kelompok yang lain. Beliau juga meninggalkan atau mewariskan pelbagai praktik syariah dalam pelbagai dimensi kehidupan seharian.
Kesalahan kaum sekular yang kedua ialah mereka berpendapat bahawa zaman kepimpinan Umar hanya berlangsung sekali dan tidak ada yang mampu mencontohinya. Walaupun begitu, sejarah telah mencatat bagaimana selok-belok kepimpinan Umar dicontohi oleh beberapa khalifah Islam selepasnya. Kita boleh menjejaki gaya kepimpinan Umar yang wujud pada Umar bin Abdul Aziz. Beliau berjaya menegakkan keadilan setelah sekian lama kezaliman bermaharajalela. Dengan izin Allah, Umar bin Abdul Aziz mampu mengembalikan kekuasaan kepada sistem berkhalifah (Khilafah Rashidah). Umat Islam telah menjuluki Umar bin Abdul Aziz sebagai Khamis al-Rashidin (Khalifah Ar-Rashidin yang kelima, setelah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali r.a).
Kita juga boleh menjejaki gaya kepimpinan Umar dalam kisah Yazid bin Walid.. Beliau berkeinginan menegakkan kembali keadilan yang telah lesu selama sepupunya, Walid bin Yazid berkuasa. Walid bin Yazid dijuluki sebagai an-Naqish, kerana ia sering memotong gaji perajurit dan menggunakannya untuk keperluan lain. Selain itu, kita juga boleh menghidu gaya kepimpinan Umar bin Khatab pada Nuruddin Mahmud Shadid, Salahudin al-Ayubi, dan sebagainya.
Siapakah yang paling bertanggungjawab atas buruknya sejarah Islam?
Telitikah kita dalam memberikan maklumat, mendapatkan sumber, jujurkah kita, adilkah kita meneliti sejarah rakyat yang terdiri pelbagai kelas masyarakat, ulama, perkampungan kecil, sama seperti saat kita mengadili sejarah tentang penguasa, pembesar, dan kota metropolitan? Sekiranya kita mampu, maka kita akan berlaku adil kepada nenek moyang kita, diri kita, agama kita, serta peradaban kita, dan yang paling penting, berlaku adil kepada hakikat kebenaran itu sendiri. Wallahua'lam.
Labah-labah hitam: Yang hak tetap akan tertegak..
-----------------------------------------------------
Perkongsian oleh:
Nur Izzati Binti Ishak
Pelajar Medik, USIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..
Sebelum sauh berlabuh, sementara angin dan cuaca masih baik, terusan lah berlayar wahai adikku Pelayaran masih panjang.. Perjalanan masih penuh dengan ombak-ombak yang mengganas.. Bertahanlah!
“Selamat Datang” dan “Selamat Memulakan sesi pengajian baru” di kampus baru masing-masing..
Kini adik-adik berada di fasa kedua kehidupan. Sudahpun bergelar seorang mahasiswa. Menjadi seorang mahasiswa cemerlang bukannya sukar. Paling utama adalah kebijaksanaan kita membaca suasana..
Percayalah berada di kampus universiti merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan bakal memberikan 1001 pendedahan ke dunia luar. Dunia tanpa sempadan.. Ayuh kita terobosi keunikan dan kehebatan universiti masing-masing dengan aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di kolej mahupun di fakulti..
Sejumlah 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ya, tempat yang begitu terhad, sedangkan hampir 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.. Nah! tidakkah kalian rasa bersyukur? Sebabnya mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat di matrik tidak dapat menyambung pelajarannya.. mungkin?
Maka.. Bagi yang tidak berjaya memasuki IPTA.. Usah bimbang dan risau kerana peluang masih terbentang luas. Pelbagai alternatif lain menanti anda. Jangan risau kerana anda berada di Malaysia. Negara yang begitu menitik beratkan warga jagatnya untuk menimba ilmu pengetahuan!
Bagi yang berjaya.. Sekalung tahniah buat anda semua.. Kini pastinya kanvas kehidupan seorang mahasiswa bakal di penuhi dengan diaspora warna yang pelbagai bergantung dengan kebijaksanaan pemilik diri.
Ketuklah minda supaya sedar dan mula memasang iltizam untuk lebih bersungguh-sungguh meniti kehidupan di kampus..
Prof Sidek Baba, Tokoh yang sudah tidak asing di arena pendidikan Malaysia. Beliau begitu bimbang dan mengharapkan generasi muda khususnya mahasiwa terusan kehadapan dalam mengetengahkan budaya ilmu, sebagaimana kehebatan tamadun Andalusia… Ya kita perlu contohi!
Sempat saya sisipkan pesanan Prof Sidek Baba yang saya petik dalam blog beliau, http://ilmuwan-w.blogspot.com/2008/07/ceramah-profdrsidek-baba.html
a) Mahasiswa berfikiran kritis dan kreatif
Beliau menyeru mahasiswa agar berfikiran lebih kritis dan kreatif.Menurut beliau ,"tak boleh yang ini bukanlah bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa!!! Sebarang kekangan terhadap pergerakan mahasiswa perlulah di hadapi dengan strategik. Perlu ada pemikiran dan perancangan strategik.Ada Plan A ,Plan B dan seterusnya."
b) Tradisi budaya ilmu mahasiswa
Mahasiswa menurut beliau perlu memperkasa diri dengan ilmu,ketrampilan,kemahiran, kesedaran ,visi , misi dan lain-lain. Suasana lesu dan sepi,kelembapan dan kemandulan keintelektualan ilmu perlu dihapuskan.Kualiti ilmu mahasiswa perlu ditingkatkan bukan sekadar berupaya menghafaz,mengingat,dan belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata@exam oriented.Dan menyentuh persoalan budaya ilmu beliau menekankan kepentingan mahasiswa mempunyai tabiat membaca buku.
Juga digariskan Wawasan Mahasiswa era globalisasi:
1. Membangun peribadi holistik dan daya kepimpinan teladan
2. Keupayaan menyaring manfaat berbanding dari nilai murni pelbagai tamadun
3. Bertekad membina perubahan dalam acuan sendiri
4. Memiliki upaya strategik globalisasi dalam konteks membangun jiwa merdeka
Akhir kata..
Pesanan akak kepada adik-adik mahasiswa yang disayangi..
Warga jagat Malaysia di jangkakan pada 2020 nanti adalah seramai 32 juta penduduk. Dalam jumlah ini, siapa lagi bakal menjadi pemimpin, jika bukan kalian? Siapa lagi yang bakal memenuhi ribuan kerusi-kerusi empuk, berkolar biru, menjawat pelbagai jawatan professional yang akhirnya bakal membentuk dasar dan perjalanan Negara?
Siapa?
Adakah kita mengharapkan si nelayan tua untuk menggubal undang-undang? Nah siapa lagi jika bukan kalian? Penerus generasi rabbani yang bakal menggoncang dunia. Bila lagi mahu bersedia jika bukan sekarang???
Jadilah permata terbaik di segenap pelosok yang kalian singgahi. Jaga solat kerana itu tunjang utama kehidupan.. Bijak memilih rakan-rakan baru di kampus.. Berkerja keraslah demi agama bangsa dan Negara. Salam Perjuangan buat pejuang-pejuang KML!!!
Mahasiswa Bijaksana impetus Modal Insan Negara
Nurul Shaza Abd Manaf
27 Jun 2009
Irfaan; Batch 2004
ANGKASAPURI, Kuala Lumpur.
"Selamat tinggal KML", kata akhir yang tidak mampu saya lafazkan sejurus tamatnya Minggu Pengurusan Pelajar Baru sesi 2009/2010. Perkongsian pengalaman sejak lima tahun lepas mempertemukan saya dengan pelbagai karenah fasilitator dan pelajar baru yang menghuni sebahagian dari keluarga besar Kolej Matrikulasi Labuan.
Maka mampu atau tidak mereka berhadapan dengan kehidupan di KML ini dipulangkan semula kepada mereka untuk mengatur jadual dan masa.
Bagi jarum percuma
