Segenap kesyukuran buat Allah swt yang memberikan kekuatan kepada jawatankuasa alumni 'Irfaan untuk menganjurkan program Liqa' (perjumpaan) pada hari sabtu, 12 sept. 2009.
Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar lepasan matrik KML sesi 2008/2009 yang sedang menuntut di sekitar negeri Sabah.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat pelajar tahun 1 lepasan matrik KML yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS bagi sesi kali ini. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin..
Sedikit REVIEW mengenai program Liqa' ini.
Ucapan alu-aluan dari Saudara Renifezri, selaku Sekretariat Alumni 'Irfaan SABAH.
Syafiq (Peng. Alumni 'Irfaan BORNEO), Saibul (Mentor UPSI), Zulhilmey (Peng. Alumni 'Irfaan SEMENANJUNG), Azizul (Exco MPP UMS)
Sedutan ucapan:
"Senang jak mahu maintain antara akademik dengan persatuan.. Yang penting kamu semua IKHLAS kerana Allah swt. Dan, jangan sesekali 'bercewek'!"
Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan