18 Januari 2010

Malam Ramah Mesra Aidilfitri Alumni Cawangan Borneo

Pada tarikh 11 Oktober 2009 yang lalu, Alumni Al-Irfan cawangan borneo telah mengadakan Malam Ramah Mesra Aidilfitri Alumni Cawangan Borneo. Pada malam tersebut, hampir keseluruhan anggota alumni mengimarahkan majlis tersebut. Pengerusi cawangan borneo, saudara Ahmad Syafiq Ahmad Sabirin telah memberi kata-kata aluan. Majlis tersebut juga dihadiri ahli-ahli alumni batch sebelum ini serta Exco Kerohanian dan Sahsiah Universiti Malaysia Sabah, saudara Nursyabri. Majlis tersebut diserikan lagi dengan tayangan video dan sedikit jamuan. Alhamdulillah, majlis tersebut berakhir dengan jayanya dan merapatkan lagi ikatan sesama ahli alumni yang lama tidak berjumpa kerana faktor masa, ruang dan sebagainya.








Dari kiri; Nursyabri, Jubair, Alif

Dalam gambar; Nursyabri dan Assikin




Ahli alumni mengambil jamuan



Sesi tayangan video

.
Antara ahli alumni muslimah yang hadir

Suasana ketika majlis



Ucapan oleh pengarah alumni cawangan borneo

Bacaan Doa oleh saudara Jubair

dari kiri; Khairudin, Hanif dan Sukri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan