20 April 2010

Isu arak,apakah peranan kita?

Assalamualaikum

Negara seringkali didilanda pelbagai isu yang kehadirannya berpaksikan pemandangan politik.Setiap isu yang dicipta kebanyakanya bukanlah ingin diselesaikan,isu dihangatkan kemudian tenggelam begitu sahaja tanpa penyelesaian.Begitu jugalah isu arak yang kembali semula.Sebagai seorang Islam sudah jelas tercatat dalam Al-Quran bahawa arak itu adalah haram untuk diminum,dan hukuman juga sudah dicatatkan dalam Al-Quran.Tapi mengapakah isu ini dibangkitkan padahal penyelesaianya masih sudah jelas tetapi masih berkira-kira untuk melaksanakanya.

Apa yang saya nampak,isu ini dipolitikan bagi tujuan meraih undi.Keikhlasan pencetus isu boleh dipertikaikan dan pelbagai bentuk fitnah diwujudkan bagi memburukan seseorang.Gambar-gambar diedit dan disebarkan,budaya fitnah yang makin menular tanpa sebarang kawalan dan budaya ini kelihatan seperti kebiasaan padahal dosa memfitnah itu lebih berat dari membunuh.Selaku orang mukmin,kita seharusnya lebih merasa bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu arak dan ia harus diselesaikan dari akar umbi lagi.Patuhilah suruhan Allah kerana ia sebaik-baik perkara yang kita boleh laksanakan untuk kehisupan yang lebih mulia.

Akhir kata dari penulis,masalah manusia hanya dapat diselesaikan jika kita kembali semula kepada Allah dan Rasul,Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan