07 September 2010

Salam Lebaran 1431Hijrah

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh..

Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat wal'afiat, berkat naungan rahmat & kasih sayang-Nya yang tidak pernah putus terhadap semua makhlukNya.
Selawat & salam juga kepada Nabi Junjungan S.A.W & para sahabat yang mengikuti jejak langkah baginda hingga yaumul akhir.
Sedar tidak sedar, kita telah berada di penghujung Ramadhan. Syawal bakal ditempuhi tidak lama lagi.

Bagaimana puasa anda tahun ini? Adakah ianya berupaya melakukan transformasi pada diri anda? Atau anda masih insan yang sama? Tepuk dada, tanya iman.

Buat mereka yang berada di kampung halaman, selamat berhari raya di sisi keluarga yang tercinta. Rebutlah peluang keemasan ini untuk melepaskan rindu pada ayah bonda yang sekian lama terpisah kerana terpaksa merantau untuk menuntut ilmu. Ambillah kesempatan balik bercuti ini, untuk berbakti sepenuh masa terutamanya kepada ibu anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang diganjarkanNya kepada seorang anak soleh yang berbakti kepada ibundanya, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.


Namun, buat mereka yang berada di perantauan & tidak dapat pulang, janganlah bersedih hati. Pengalaman beraya di perantauan, jauh daripada ibu bapa & kampung halaman adalah sesuatu yang lumrah...Manfaatkanlah kecanggihan teknologi maklumat untuk "mendekatkan" jurang anda dengan ibu bapa anda. Biarlah jauh di mata, tapi dekat di hati. Insya Allah, panjang umur murah rezeki, kampung halaman pasti akan dikunjungi lagi.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari krew Alumni Irfaan. Maaf zahir & batin atas segala kekurangan & kesilapan kami semasa mengendalikan laman ini, ataupun apa-apa sahaja program yang telah berlalu. Wallahu'alam.

Nantikan program kami yang terdekat...AKAN DATANG !! Bulan Oktober ni..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan