21 Januari 2011

Sejarah Tercipta

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Alhamdulillah, pada 14 -16 Januari 2011 yang lalu berlangsung IRONI 2011. IRONI, ataupun nama penuhnya, Irfanic Reunion Interaction merupakan anjuran julung kalinya oleh Alumni Irfaan cawangan semenanjung Malaysia. Bertempat di Masjid ar-Rahman Kampung Tunku, Kuala Lumpur, program ini telah berjaya mengumpul sejumlah peserta dari kampus sekitar Lembah Klang & bahagian utara Malaysia.

Para peserta telah dibawa ke arah pemahaman terhadap agama lain sepanjang program ini berlangsung. Selain berbentuk pendedahan, ia juga bertujuan untuk mempersiapkan para peserta program daripada ancaman gejala murtad yang sedang melanda di bumi Borneo. Sebagai tirai pembuka program, ustaz Sayuti bin Ishak (kini bertugas di Kolej Matrikulasi Selangor) telah menyampaikan ceramah bertajuk "Asas & kaedah dakwah kepada non-muslim".


Pada hari kedua program, para peserta telah dibawa menziarahi rumah ibadat agama lain dalam slot "Jalan-jalan Dakwah". Sebanyak dua tempat telah dikunjungi oleh peserta program yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu Sri Lanka Buddhist Temple & St Joseph Catholic Church. Kedua lokasi lawatan tersebut bertempat di Sentul. Antara hasil kajian menarik yang didapati oleh para peserta adalah mengenai persepsi salah masyarakat umum terhadap kedua agama ini. Sebenarnya, sifat sesetengah orang yang bersifat skeptis terhadap agama lain telah mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Hasilnya, segelintir anggota masyarakat cenderung bersifat ekstrem bilamana terdapat isu yang menyentuh sensitiviti agama antara kaum.

Selain itu, antara input menarik melalui program IRONI kali ini adalah ceramah yang disampaikan oleh dua saudara baru, iaitu Brother Yusuf & Brother Ikhwan. Pengisian tersebut bukan sahaja membuka mata peserta mengenai ancaman Kristianisasi di tanah air, malah turut memberikan sedikit-sebanyak ilmu perbandingan antara agama.

Program ini telah berakhir pada hari Ahad (16 Januari), setelah peserta membuat resolusi program. Insya Allah IRONI akan dijadikan sebagai program tahunan Alumni Irfaan. Buat sahabat yang tidak berkesempatan untuk hadir pada kali ini, mudah-mudahan kita dapat bersua muka dalam program yang akan datang. Semoga ukhwah yang bertaut di matrikulasi tidak luput ditelan masa. ~ Setahun bersama, Sehayat terasa ~

3 ulasan:

  1. salam alaik..
    1.tahniah sebab berjaya buat Ironi
    2. minak maaf sebab x dapat datang
    3. owh..rupa2nya ustaz Sayuti pindah suda..

    BalasPadam
  2. Mabruk!!!!

    Alumni Irfaan cawangan Borneo bila lg?

    BalasPadam