Alhamdulillah, pada 14 -16 Januari 2011 yang lalu berlangsung IRONI 2011. IRONI, ataupun nama penuhnya, Irfanic Reunion Interaction merupakan anjuran julung kalinya oleh Alumni Irfaan cawangan semenanjung Malaysia. Bertempat di Masjid ar-Rahman Kampung Tunku, Kuala Lumpur, program ini telah berjaya mengumpul sejumlah peserta dari kampus sekitar Lembah Klang & bahagian utara Malaysia.
Pada hari kedua program, para peserta telah dibawa menziarahi rumah ibadat agama lain dalam slot "Jalan-jalan Dakwah". Sebanyak dua tempat telah dikunjungi oleh peserta program yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu Sri Lanka Buddhist Temple & St Joseph Catholic Church. Kedua lokasi lawatan tersebut bertempat di Sentul. Antara hasil kajian menarik yang didapati oleh para peserta adalah mengenai persepsi salah masyarakat umum terhadap kedua agama ini. Sebenarnya, sifat sesetengah orang yang bersifat skeptis terhadap agama lain telah mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Hasilnya, segelintir anggota masyarakat cenderung bersifat ekstrem bilamana terdapat isu yang menyentuh sensitiviti agama antara kaum.
Program ini telah berakhir pada hari Ahad (16 Januari), setelah peserta membuat resolusi program. Insya Allah IRONI akan dijadikan sebagai program tahunan Alumni Irfaan. Buat sahabat yang tidak berkesempatan untuk hadir pada kali ini, mudah-mudahan kita dapat bersua muka dalam program yang akan datang. Semoga ukhwah yang bertaut di matrikulasi tidak luput ditelan masa. ~ Setahun bersama, Sehayat terasa ~