Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan

21 September 2010

Puisi Dakwah

Jalan dakwah panjang,
Terbentang jauh ke depan,
Duri dan batu terjal selalu menganjal,
Lurah dan bukit menghadang hujungnya bukan di usia,
Bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Redha Allah Cinta adalah sumbernya,
Hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia,
Ajaklah ke jalan Rabbmu,
Nikmati perjalanannya,
Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu, Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…


Pergilah ke hati-hati manusia,
Ajaklah ke jalan Rabbmu,
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam, Risalah anbiya dan warisan ulama.
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku, dan matiku semata bagi Rabb semesta". ” Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal,
Membangun kejayaan ummat bila-bila masa, di mana saja kamu berada,
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu
Apalagi lamunan.
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga terbangunnya sebuah daulah Islamiah.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,
Tinggikan kalimat Allah,
Rendahkan dugaan syaitan durjana,
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan..


Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa.
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,
Kerananya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan.
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud,
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’ie,
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh.
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya.
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah.
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya, itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cintaNya.
Berjumpa karena taat kepadaNya.
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah.
Saling berjanji untuk menolong syariatNya.

28 Mac 2010

Pelik tapi BENAR !!

PELIK TETAPI BENAR!!!!!!
Alangkah Peliknya Kita......


Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.


Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

30 Jun 2009

Ahlan wasahlan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..


Sebelum sauh berlabuh, sementara angin dan cuaca masih baik, terusan lah berlayar wahai adikku Pelayaran masih panjang.. Perjalanan masih penuh dengan ombak-ombak yang mengganas.. Bertahanlah!

“Selamat Datang” dan “Selamat Memulakan sesi pengajian baru” di kampus baru masing-masing..


Kini adik-adik berada di fasa kedua kehidupan. Sudahpun bergelar seorang mahasiswa. Menjadi seorang mahasiswa cemerlang bukannya sukar. Paling utama adalah kebijaksanaan kita membaca suasana..


Percayalah berada di kampus universiti merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan bakal memberikan 1001 pendedahan ke dunia luar. Dunia tanpa sempadan.. Ayuh kita terobosi keunikan dan kehebatan universiti masing-masing dengan aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di kolej mahupun di fakulti..


Sejumlah 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ya, tempat yang begitu terhad, sedangkan hampir 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.. Nah! tidakkah kalian rasa bersyukur? Sebabnya mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat di matrik tidak dapat menyambung pelajarannya.. mungkin?


Maka.. Bagi yang tidak berjaya memasuki IPTA.. Usah bimbang dan risau kerana peluang masih terbentang luas. Pelbagai alternatif lain menanti anda. Jangan risau kerana anda berada di Malaysia. Negara yang begitu menitik beratkan warga jagatnya untuk menimba ilmu pengetahuan!

Bagi yang berjaya.. Sekalung tahniah buat anda semua.. Kini pastinya kanvas kehidupan seorang mahasiswa bakal di penuhi dengan diaspora warna yang pelbagai bergantung dengan kebijaksanaan pemilik diri.


Ketuklah minda supaya sedar dan mula memasang iltizam untuk lebih bersungguh-sungguh meniti kehidupan di kampus..


Prof Sidek Baba, Tokoh yang sudah tidak asing di arena pendidikan Malaysia. Beliau begitu bimbang dan mengharapkan generasi muda khususnya mahasiwa terusan kehadapan dalam mengetengahkan budaya ilmu, sebagaimana kehebatan tamadun Andalusia… Ya kita perlu contohi!


Sempat saya sisipkan pesanan Prof Sidek Baba yang saya petik dalam blog beliau, http://ilmuwan-w.blogspot.com/2008/07/ceramah-profdrsidek-baba.html


a) Mahasiswa berfikiran kritis dan kreatif
Beliau menyeru mahasiswa agar berfikiran lebih kritis dan kreatif.Menurut beliau ,"tak boleh yang ini bukanlah bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa!!! Sebarang kekangan terhadap pergerakan mahasiswa perlulah di hadapi dengan strategik. Perlu ada pemikiran dan perancangan strategik.Ada Plan A ,Plan B dan seterusnya."


b) Tradisi budaya ilmu mahasiswa
Mahasiswa menurut beliau perlu memperkasa diri dengan ilmu,ketrampilan,kemahiran, kesedaran ,visi , misi dan lain-lain. Suasana lesu dan sepi,kelembapan dan kemandulan keintelektualan ilmu perlu dihapuskan.Kualiti ilmu mahasiswa perlu ditingkatkan bukan sekadar berupaya menghafaz,mengingat,dan belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata@exam oriented.Dan menyentuh persoalan budaya ilmu beliau menekankan kepentingan mahasiswa mempunyai tabiat membaca buku.


Juga digariskan Wawasan Mahasiswa era globalisasi:
1. Membangun peribadi holistik dan daya kepimpinan teladan
2. Keupayaan menyaring manfaat berbanding dari nilai murni pelbagai tamadun
3. Bertekad membina perubahan dalam acuan sendiri
4. Memiliki upaya strategik globalisasi dalam konteks membangun jiwa merdeka

Akhir kata..


Pesanan akak kepada adik-adik mahasiswa yang disayangi..

Warga jagat Malaysia di jangkakan pada 2020 nanti adalah seramai 32 juta penduduk. Dalam jumlah ini, siapa lagi bakal menjadi pemimpin, jika bukan kalian? Siapa lagi yang bakal memenuhi ribuan kerusi-kerusi empuk, berkolar biru, menjawat pelbagai jawatan professional yang akhirnya bakal membentuk dasar dan perjalanan Negara?


Siapa?


Adakah kita mengharapkan si nelayan tua untuk menggubal undang-undang? Nah siapa lagi jika bukan kalian? Penerus generasi rabbani yang bakal menggoncang dunia. Bila lagi mahu bersedia jika bukan sekarang???
Jadilah permata terbaik di segenap pelosok yang kalian singgahi. Jaga solat kerana itu tunjang utama kehidupan.. Bijak memilih rakan-rakan baru di kampus.. Berkerja keraslah demi agama bangsa dan Negara. Salam Perjuangan buat pejuang-pejuang KML!!!

Mahasiswa Bijaksana impetus Modal Insan Negara

Nurul Shaza Abd Manaf
27 Jun 2009

Irfaan; Batch 2004

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur.

26 Mei 2009

MPPB KML kali ini...

"Selamat tinggal KML", kata akhir yang tidak mampu saya lafazkan sejurus tamatnya Minggu Pengurusan Pelajar Baru sesi 2009/2010. Perkongsian pengalaman sejak lima tahun lepas mempertemukan saya dengan pelbagai karenah fasilitator dan pelajar baru yang menghuni sebahagian dari keluarga besar Kolej Matrikulasi Labuan.


Pelajar yang datang dengan matlamat yang jelas akan terus terpandu. Mereka yang pertama kali berpisah dengan keluarga akan mengambil masa membiasakan diri. Tidak kurangnya pelajar yang sudah terbiasa dengan kehidupan berasrama, matrikulasi adalah salah satu 'skrip' kehidupan yang tidak perlu dibimbangi.

10 bulan 'bermastautin'

Selangkah ke universiti tidaklah semudah ungkapannya. 10 bulan ini pelajar akan menguji kemampuan diri di samping teruji dengan kesibukan dengan perkara bermanfaat dan pastinya diuji dengan dengan sistem pembelajaran ala universiti yang masih lagi bersuapkan nota-nota pensyarah.

Ya. Seperti di sekolah menengah dulu. Cuma dibezakan dengan pengenalan sistem berorientasikan universiti.

Tiada lagi loceng rehat.

Tiada lagi siren membangunkan pelajar bersolat subuh.

Tiada lagi waktu 'prep' seperti di asrama.

Kebebasan diberikan sepenuhnya pada pelajar untuk mengatur masa untuk belajar, masa untuk makan dan masa untuk beriadah.

Pada masa yang sama jadual kuliah telah ditetapkan.

Pelbagai cerita menarik

"Saya ada kawan, dia mula belajar jam 4.30 petang hingga 12.00 malam tanpa henti. Selepas itu dia rehat 15 minit dan sambung belajar sehinggalah azan subuh. Lepas itu dia tidur sampai jam 7.00 pagi. Itulah rutinnya setiap hari. Bayangkan", kata saya sebagai mukadimah pertemuan alumni KML dengan pelajar perakaunan.

"Hasilnya dia memperoleh 3.9 untuk dua semester", tambah saya lagi menyebabkan pelajar baru berbisik antara satu sama lain.

Saya menyambung.

"Sahabat saya seorang lagi, dia akan pastikan setiap hari diperuntukkan paling kurang dua jam untuk belajar. Di samping itu dia aktif dengan bersukan, aktiviti surau dan sempat untuk bersosial dengan masyarakat", gambaran pada sahabat saya yang kedua.

"Jangan terkejut, dia memperoleh keputusan 4.0 untuk dua semester", menambah gamam mereka yang berada di dewan kuliah dua.

Saya membuat kesimpulan.

"Maka adik-adik sekalian, jangan lupa bahawa tidak semestinya berkepit dengan buku sahaja boleh memperoleh kejayaan besar. Dan yang sibuk berprogram juga tidak semestinya gagal dan kurang berjaya dari segi akademiknya", paradigma saya tujukan untuk pelajar-pelajar baru ini berfikir dan menterjemahkan sesuatu sesuai dengan diri mereka.

Maka mampu atau tidak mereka berhadapan dengan kehidupan di KML ini dipulangkan semula kepada mereka untuk mengatur jadual dan masa.

Selamat Tinggal KML


Saat ini saya mungkin boleh menarik lafaz lega sebentar. Walaupun belum ada sosok tubuh yang mampu menggantikan 'orang lama' dalam jawatankuasa fasilitator kali ini, saya yakin pasti akan ada yang mampu tampil membawa pendekatan yang lebih berkesan dalam menjadi role model bukan sahaja kepada fasilitator tetapi juga pelajar baru.

Saya masih tidak mampu untuk itu.

"Menjadi fasilitator tidaklah semudah yang disangka. Moga kita semua yang berada di sini juga memperoleh sesuatu. Jadilah seperti mana yang kita arahkan pada adik-adik baru ini. Bila kita menyuruh mereka menepati masa, maka apatah lagi kita dalam menepati masa", kata-kata perangsang kepada saya dan fasilitator yang lain.

Semoga orientasi kali ini terus memberi pengalaman yang berharga kepada saya dalam mencorak kehidupan sebagai pemudah cara dalam setiap program yang saya ikuti.

Kerana saya masih ingin menyumbang kepada pembangunan masyarakat madani...

Sedutan semula dari : www.kembara-budi.blogspot.com

15 Mei 2009

Muslimat dakwah - Senyumlah!

"Walau seteruk mana pun gigi kamu, kamu tetap kelihatan cantik bila senyum dan tertawa dengan penuh ikhlas."

Semasa penulis masih menuntut di kampus, terdapat satu fenomena yang kurang sihat. Fenomena ini sering kali menjadi barah dalam agenda dakwah di kampus. Secara tidak disengajakan, ia menyebabkan ramai pelajar wanita di kampus merasa tersisih dan bersalah.

Apa yang saya maksudkan adalah wujudnya 'klik' yang membentengi antara pelajar yang terlibat dengan gerakan dakwah kampus dan pelajar umum yang boleh dikatakan sebagai mad'u.

"Pelajar bertudung litup hanya berkawan dengan geng dia saja. Mereka tak campur dengan kita yang entah apa-apa ni," demikianlah antara rungutan dan luahan hati yang pernah saya dengar.

Ada juga sungutan yang kadang-kadang membuat saya tersenyum:"Muslimin yang baik-baik tu, nak cari muslimat yang baik-baik jer. Pastu sape nak ajar kita yang teruk ni?"

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari di sini. Dan mungkin juga saya sendiri tergolong dalam kalangan mereka ni.

Muslimat dakwah...tunjukkan keramahan anda kepada mad'u muslimat. Ramai muslimat yang berada di kampus masih tidak tahu solat, tidak tahu istilah 'aurat'. Mereka menanti-nanti kedatangan kalian mengetuk pintu bilik mereka. Mereka menunggu kalian menegur mereka dengan ramah dan membetulkan kesilapan mereka.

Walau pada zahirnya mereka bersikap keras dan kadangkala menyakitkan hati, tapi jauh di sudut hati mereka juga inginkan kebaikan. Mereka turut dahagakan ketenangan.

Muslimat dakwah perlu bersikap ekstrovert dan ramah. Carilah wanita muslimah yang tidak tahu arah hidup. Peganglah mereka dan bimbinglah mereka bersama-sama kamu ke pondok ilmu.

Janganlah pandang mereka dengan buruk sangka, kerana mereka tidak tahu...kerana mereka tidak disimbah oleh nur al-Quran. Pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang kerana kita sendiri pun pernah melakukan kesilapan, namun kita masih mengharap Allah memandang kita dengan pandangan Rahmat dan kasih-sayangNya yang Maha Hebat.

Begitulah juga dengan mereka. Dekatilah mereka. Usahlah kita terlalu sibuk dengan mesyuarat dan projek-projek yang memungkinkan kita menjadi seorang 'Manager Dakwah', sampaikan lupa dengan tanggungjawab dakwah yang lebih utama.

Mulakanlah dengan senyuman ikhlas. Berlatihlah menayangkan senyuman paling manis, umpama senyuman sang pramugari...senyumlah dari hati hingga terzahir pada bibir dan mata, kerana sesungguhnya mata tidak pernah menipu.

[petikan daripada majalah I]

17 April 2009

Mengenang 5 tahun kesyahidan...

::Untuk para mujahidin yang bertebaran di muka bumi Allah dan seluruh generasi al-Quran yang telah mewakafkan diri mereka utk Islam, sehingga bermandi keringat dan darah, semata-mata untuk meletakkan baja bagi perjuangan ini::

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah,(bahawa mereka itu) mati; Bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." [Al Baqarah:54]

Zaman berlalu dan pejuang silih berganti. Zaman jualah saksi kepada insan2 yg menawarkan jiwa dan harta mereka di jln Allah, hingga sebahagian mereka gugur syahid dlm meneruskan rantai2 perjuangan ini.

Tanpa disangka, 5 tahun telah berlalu pasca kesyahidan dua tokoh besar HAMAS. Posting ini bukanlah untuk meratapi kehilangan mereka kerana yg pergi takkan kembali lagi. Akan tetapi, marilah kita bersama2 mengutip mutiara yg mereka tinggalkan, utk memacu perjuangan kita di tanah air yg tercinta ini. Mudah-mudahan ianya memberikan inspirasi dan menjadi tauladan kepada kita emua.

Tokoh 1# As-syahid Syeikh Ahmad Yassin
Nama ini tidak asing lagi bagi pemerhati isu Palestin. Beliau merupakan antara pengasas HAMAS pd Disember 1987 bersama tokoh Ikhwanul Muslimin cwgn Gaza yg lain. Dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan berdaya pimpin, beliau telah dipilih sbg pemimpin.

Sungguhpun lumpuh seluruh badan dan buta sebelah matanya, Syeikh Ahmad Yassin merupakan figura yg paling digeruni rejim Zionis. Kata2 yg terpacul di mulutnya adalah siraman kerohanian yg mampu membangkitkan semangat jihad penduduk Palestin. Kelumpuhan diri tidak menghalang beliau utk mendidik dan terus-menerus membina generasi Palestin yg tidak gentar dlm mempertahankan tanah isra' Rasulullah S.A.W.

Beliau bekerja sebagai guru Bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyah, kemudian bertugas sebagai khatib dan guru di masjid-masjid Gaza. Dalam masa penjajahan, beliau menjadi khatib paling popular di kalangan masyarakat Jalur Gaza karena kekuatan argumennya dan keberaniannya dalam al haq (kebenaran).

Telah beberapa kali keluar masuk penjara, dan pernah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Yahudi laknatullah, Syeikh Ahmad Yassin akhirnya dibebaskan Subuh 1 Oktober 1997 sebagai pertukaran tawanan antara PLO dan pihak rejim, setelah misi IsrAeL membunuh Khaled Meshaal gagal.

Seksaan dlm penjara telah menyebabkan Syeikh Ahmad Yassin lumpuh seluruh badan dan buta sebelah mata. Mata sebelah kanannya turut rabun. Pelbagai penyakit yg dideritai beliau sewaktu dlm tahanan telah menyebabkan beliau masuk Hospital Penjara beberapa kali. Setelah keluar penjara pun, IsraEL telah beberapa melakukan percubaan membunuh beliau. Namun, semua itu tidak melunturkan semangat juang di jiwa. Perjuangan tetap diteruskan.

Syeikh Ahmad Yassin syahid pada hening Subuh 22 Mac 2004, dlm perjalanan pulang dari masjid Akademi Islam yg diasaskannya seusai solat Subuh. 3 peluru berpandu yg digugurkan helikopter Zionis telah mengenai beliau dan 2 org pembantunya. Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

"Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "
[saksi kejadian]

"Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."
[Syeikh Ahmad Yassin]

Tragis tapi itulah hakikat.Kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin bukan satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja. Bahkan ia adalah peristiwa besar yang mendapat perhatian mereka yang berjiwa merdeka di seluruh dunia. Ia juga menjadikan umat Islam dan bangsa Arab menyedari tentang bahaya sebenar yang direncanakan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin.

Tokoh 2# As-Syahid Dr.Abdul Aziz Rantissi

Tokoh HAMAS yang kedua juga merupakan salah seorang pelopor HAMAS, beliau dilihat sebagai tokoh rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz al-Rantisi. Beliau menamatkan ijazah kedoktoran dlm Master di Univesiti Iskandariah, Mesir dan pulang utk berkhidmat di Hospital Nasir,Khan Yunus dengan membawa fikrah Ikhwanul Muslimin.

Semenjak pelajar lagi beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal kebajikan dan dakwah apatah lagi semasa perkhidmatannya di Khan Yunus. Misalnya, selain terlibat sebagai jawatankuasa Mujamma Islami di Gaza,Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin(Ibnu Ismail), beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Gaza dan juga ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Nasir.

Penjara adalah ibarat rumah kedua doktor ini. Terlalu rumit utk diceritakan, memadailah dengan meringkaskan bahawa beliau telah dipenjarakan sebanyak 14 kali oleh rejim Zionis. Kemudian, Palestinian National Authority (PNA) yang diketuai oleh Yasir Arafat pula memenjarakan beliau sebanyak 4 kali.

Jeriji besi ternyata bukanlah tempat asing bagi para pejuang agama. Inilah tempat mereka mencari kejernihan hati, selain bertindak sebagai institusi pengkaderan dan universiti tarbiah. Pada 1990, Abdul Aziz Rantissi & Syeikh Ahmad Yasin dikurung dlm sel yg sama. Kesempatan ini diisi dgn menyempurnakan hafazan Quran.


Abdul Aziz Rantissi juga pernah dibuang daerah, iaitu di kawasan perbukitan yg sgt sejuk. Seorang doktor yang sepatutnya boleh hidup mewah telah dipaksa tinggal dlm khemah tanpa alat pemanas dan alat keperluan yg lain. Namun, kesemua insiden tadi tidak melemahkan semangat juang yang kental yang dimiliki doktor ini. Maka namanya harum mewangi dalam kalangan masyarakat Palestin.

Menjadi org penting dalam HAMAS bermakna meletakkan diri dalam senarai pendek rejim Zionis untuk dibunuh. Israel pernah melancarkan percubaan membunuh beliau. 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya cuba membedilnya dengan roket dari helikopter Apache. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr.Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka.


[ Gambar atas menunjukkan Rantissi yang menerima rawatan setelah serangan itu dan keadaan jalan di bandaraya setelah pengeboman tersebut.]

Beliau telah dilantik menerajui bahtera kepimpinan HAMAS saat rakyat sdg berduka dgn pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Pelbagai demonstrasi awam telah berlangsung dan IsraEl terus meningkatkan operasi mereka utk menghalang rakyat Palestin membalas dendam terhadap kematian Syeikh kesayangan mereka.

Dr.Abdul Aziz Rantissi syahid pada petang 17 April 2004 bersama dua orang pengawal setia beliau(hari ni dah genap 5 tahun pemergian beliau). Jam 8.30 ptg, mereka berada dalam kereta Subaru putih di utara Gaza apabila helikopter Apache isRAeL melancarkan peluru berpandu. Tindakan itu menyebabkan kesyahidan dua org pengawalnya serta merta di tempat kejadian. Beliau yg cedera parah di kepala, leher dan dada meninggal beberapa minit selepas dikejarkan ke bilik pembedahan Hospital as-Syifa.Sepertimana pejuang lain, jenazah pejuang ini diarak dgn penuh semangat yg membara, takbir dan laungan kalimah tayyibah ke pusara.

****************************************************************************
Kehilangan dua penggerak yang amat besar dalam tempoh begitu singkat merupakan mehnah yang besar buat HAMAS. Tidak lumpuh, namun terus mara menongkah arus, itulah tindakan HAMAS. Hasilnya, ujian demi ujian telah menjadikan perjuangan mereka lebih matang dan menyumbang kepada meningkatnya populariti HAMAS. Buktinya, mereka bukan sahaja memenangi pilihan raya legislatif di Palestin pada Januari 2006, 'Operation Cast Lead' baru-baru ni telah menyebabkan HAMAS mendapat sokongan yang lebih meluas. Dunia mula mengenali siapakah HAMAS yang sebenarnya. Mereka bukanlah pengganas seperti mana yang dicanangkan Barat, bahkan merekalah pembela tanah air daripada dicemari oleh rejim Zionis.

Ya Allah! Berikan kami semangat jihad yg ampuh sebagaimana darah yg mengalir dalam diri pejuang terdahulu daripada kami!
WALLAHU'ALAM.


[p/s: Sebenarnya HAMAS telah mengadakan peringatan 5 tahun pemergian ni di Palestin 23 Mac yang lalu. Akibat lupa, harap posting pada 17 April masih tidak terlewat] :D

09 April 2009

Pensil...oh...pensil

“Dash!!!!!” bunyi kejatuhan barang-barangan di tengah dewan. “KRAKKKK!!!!” bingit dan ngeri bunyinya, seolah-olah sudah tidak mampu dibendung rasa seram itu. “Tash!!!!” Satu penyepak menghenyak tubuhnya. “PrakKKK!!!” berderaian tubuhnya. Hancur luluh tanpa satupun tercantum, semuanya terurai. “CELAKA!!!! AMBIK KAU!” dengan sumpah sarahan itu ditambah lagi dengan satu lagi penyepak menyusul ke tubuhnya tanpa belas kasihan. Seolah-olah tiada sudah rasa cinta rasa kemanusiaan pada dirinya. Hancur berkecai seluruh tubuhnya. Hancur! Hancur! Hancur! Tak dapat lagi diselamatkan. Kasihan! Kasihan!....Kasihan!!!...si pensil itu.

Apa sebenarnya berlaku? Kenapa boleh jadi begini? Apahal ni? Ahhh!!! Aku serabut!!! (tetiba sahaja pensil, apa kes ni?)


Begini sebenarnya ceritanya,


Satu hari, seorang anak muda membeli sebatang pensil di kedai dalam Universitinya. Pensil itu agak cantik dan murah. Kerana itulah anak muda ini membelinya.Membeli untuk apa? Untuk kegunaan "final exam" yang akan berlangsung sebentar lagi. Namun, ketika menjawab soalan "final exam" itu, si pemuda tadi tidak mampu menjawabnya, kerana tidak belajar dan mengulangkaji dengan baik. Malah selalu ponteng kuliah, kerana itulah, si pensil menjadi mangsa. Dirinya dihumban ke tanah, lalu hancur berkecai dirinya. Dan selepas itu, ia terus dibuang ke dalam tong sampah. Betapa sedihnya hidup si pensil itu, sekejap sahaja dizalimi, tanpa diletak satu misi yang lengkap. Sedangkan sahabat-sahabat pensil yang lain, telah menjadi pelengkap misi anak-anak muda yang lain. "Setitik dakwat mampu mencetus revolusi" Kenapa seharusnya perkara ini terjadi kepada si pensil tadi?


1- Apabila niat untuk menggunakan pensil tadi tidak diniatkan kerana ALLAH


2- Bila akal tidak diasah, pasti binasa sesuatu benda.


3- Bila jiwa tak disemaikan cinta Ilahi, pasti cinta yang lain adalah cinta yang palsu dan bisu.


Namun, entry kali ini, bukanlah berkisarkan tentang pensil. Tapi adalah berkisarkan prinsip tubuh badan kita. Sebagai mana yang dibentangkan oleh kawan sekampus saya mengenai "philosophy of MATRIX". Hidup dipinjamkan oleh ALLAH bertujuan untuk menguji samada kita mampu menjadi hambaNYA yang bertaqwa atau menjadi hamba Toghut?

Apa sebenarnya kegunaan tubuh badan kita ini? Mahukah kita menjadikan tubuh badan kita dibinasa oleh kemampuan akal, nafsu kita? Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diteliti satu persatu dalam mempergunakan tubuh badan kita secara optima. Seperti penggunaan pensil tadi, jikalaulah Tuan empunya pensil tadi mempunyai akal yang bernas, jiwa yang bersih, kemampuan berfikir melebihi yang sebelumnya, insyaALLAH, pensil tadi tetap ada untuk berjasa kepada tuannya. Belum tentu sudah berada di tong sampah. Baru-baru ini, saya menjelajah ke Kuala LUMPUR (kuala yang bukan dipenuhi "LUMPUR" tapi "cas-cas Lumpur" yang menongkat ke hati manusia, yang bisa mengundah binasa. Sana sini mengajak ke arah kebinasaan tubuh badan. Na'uzubillah. Semasa menaiki tangga menuju rumah sahabat, kelihatan mundar mandir penagih NAJIS dadah, dengan muka tidak malunya. Bermain "BENDA" itu tanpa rasa malu dan rasa takdim. MasyaALLAH. Lihat betapa mereka suka membinasa tubuh badan yang dipinjamkan tadi. Boleh jadi ini merosakkan tubuh badan mereka, lalu tercemar juga masyarakat di sekeliling mereka. Dan satu lagi kisah tragis di Kuala Lumpur ini perlu dikongsikan, adalah mengenai seorang gadis. Ketika saya menunggu bus untuk balik ke Kampus, tiba-tiba di depan saya. Ada seorang gadis menangis sambil memegang kakinya. Terdetik di hati merasa kasihan. Saya bertanya "kenapa ni?". "jawapnya kakinya sakit" Dan tetiba menangis. Dan dia meminjam telefon, saya pun memberi. Dia menelefon dan menangis. Rupa-rupanya, gadis tadi sebenarnya ditipu seorang lelaki. Saya ringkaskan cerita. Gadis ini mengikut lelaki yang baru dikenalnya 2 hari. Dan lelaki ini hanya meninggalkan dia sehelai sepinggang tanpa duit tanpa ic di puduraya dengan menyatakan janjinya untuk membeli tiket balik. Tapi dalam 2 jam berlalu, tak kelihatan. Nampak sangat tertipu. Saya boleh simpulkan di sini adalah kerana apabila berpandukan akal fikiran. PASTI dan tetap PASTINYA! Kita akan tertipu dengan keadaan sekitar kita.Sedang telah diajarkan minda kita untuk mematuhi seruan ALLAH dalam ayat pertama lagi surah Al Baqarah. "Alifff...lam....min.... , Sesungguhnya Al Kitab(Al QUran) diturunkan untuk panduan orang Mukmin".

Kenapa harus mengikut lelaki bukan muhrim? Tidak disusurkan minda kita pada hadis? Sebaik-baik wanita keluarnya dengan lelaki yang muhrimnya. Kalau tidak inilah jadinya. Boleh jadi si gadis ini tidak mengetahui perkara ini. Kenapa? Atas didikan mak bapak? Faktor sekitar atau sebagainya? Wallahualam.

Namun, kepada si lelaki tadi. Boleh jadi hari ini, dirasanya sedap dan enak. Esok lusa, belum tentu. Boleh jadi dibalas oleh ALLAH yang lebih setimpalnya. Dengan "ANAK atau Isteri sendiri yang menjadi mangsa orang lain? Atau di akhirat? ALLAH ITU MAHA PEMBALAS!



Secara analisanya, boleh dinyatakan di sini. Hendak tidak hendak, kita sebagai yang memahami Islam, harus lebih tegar ke kelompok masyarakat. Meneliti satu persatu masalah untuk merungkai segala tersimpul. Untuk mempermudahkan masyarakat ke arah memahami ISLAM secara Kaffah.
Antara masalah-masalahnya:

1- Dadah

2- Keseronokan(Hedonisme) Zina dan Khalwat -tercetusnya dari rumahlah pertamanya.

3- Sifat "TAK APA" yang tak kisah pada sekeliling.

dan sebagainya ..banyak masalah di dunia ini. Belum tentu tersenarai satu persatu jika ruang disediakan.

Mahu tak mahu, kita kena kembali pada asas. MEMAHAMI TUJUAN HIDUP KITA. Sebagaimana tujuan PENSIL tadi. Jika tidak TUJUAN ITU diletak pada MATLAMAT yang sewajarnya. BINASALAH! Jika MATLAMAT Tadi tidak dipandukan iLMU yang padu dan jitu belum tentu tercapai. ILMU yang padu dan jitu. Teraskan dengan AL QURAN dan AS SUnnah. InsyaALLAH berjaya.
Segala-galanya bermula dari asas. Begitu juga dengan Structuring Building. Structuring Website. Structuring System atau sebagainya, semuanya adalah bermula dari asas yang kukuh. Kalau dah asas pun tunggang langgang. Jangan taknya cerita bab yang TINGGI-TINGGI! Jangan terkejar lah die YOP!!!!!!
MISI dan VISI diperbahaskan, namun asasnya tidak dilihat. Jangankan nak sampai ke New York, nak sampai ke depan mata pun tak keruan jadinya. Kenapa? ASAS prinsip segala-galanya. Sebab itu ISLAM bermula dari Rukun Iman 6 perkara dan 5 rukun ISLAM. Kerana ASAS itu adalah segala-galanya. DAN yang paling asas adalah Syahadah Tain. Tak kenal erti syahadah tain, tak lepaslah segala-galanya. Syarah Syahadah Tain oleh Imam Abu Ala' Al Madudi pun begitu ada juga kira-kira 16 muka surat. Tapi tetap ialah semudah-mudahnya.

Kembali saya menongkah masa dan pengalaman yang dilalui, terasa sedikit sembilu di jiwa. Tak keruan juga rasanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Berat hati terasa, berat jiwa menusuk rasa. Dunia semakin lara, manusia semakin lupa. Namun alam tetap berbicara, "SEMAKIN SENJA KITA DI SINI, jangan dibuang masa!"

"Pensil digunakan oleh seorang yang cacat, tapi karyanya yang terserlah mampu mencetus revolusi."

24 Mac 2009

MATI: Apakah ‘falsafah’ disebaliknya?

Bismillahi La Quwwata illa Billah!

Eh.. Mak? Kenapa mak datang sini?.. Bebel nenek sambil memandang sudut bilik hospital. Dah sebulan nenek sakit tenat. Sebulan terlantar tak pernah ada ‘nafsu’ nak bercakap. Tetiba hari nie, entah macam mana ‘ibunya’ pula muncul..

Bagaimana moyang saya yang dah berpuluh tahun meninggal boleh muncul kat hospital? Adakah ini petanda sakratul maut sudah makin hampir..

Kubur sinonim dengan mati... Orang yang takut kubur selalunya takut akan mati.

Mak.. Mengucap mak.. Mengucaplah “Laailaaha’illallah” .. Ibu yang menjadi teman pendamping nenek tidak lupa-lupa mengajarkan kalimat syahadah buat nenek. Apatah lagi bila nengok nenek ‘lain macam’ je pagi tue.. Alhamdulillah.. Nenek mudah nak mengikut.. Mudah nak mengucap. Bahkan, syahadah menjadi zikir sepanjang terlantar atas katil putih.

Beberapa ketika kemudian.. Nenek pun kaku tak bernyawa.. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun!

Allah telah memanggil ruhnya untuk menghadap setelah dipinjamkan kepada sebuah jasad yang dipanggil ‘nenek’..

Tinggallah anak, cucu, cicit, pipit, dan apa yang sewaktu dengannya.. Tinggallah juga kambing kesayangan, kebun belakang rumah yang penuh dengan rambutan, sawah padi yang terbentang menghijau, kolam ikan yang penuh dengan talapia kerana semuanya adalah fana.. Kecuali bekal amal dan iman yang sudi menjadi teman ke alam baqa’..

Cuma sekali-sekala, adalah doa anak-anak yang datang menjenguk. Beruntunglah ibu bapa yang punya anak soleh!

Moga Allah merahmatimu nenek..

Peristiwa.. Bila ada peristiwa mesti ada sebab kepada berlakunya satu peristiwa.. Dan orang yang bijaksana adalah orang yang bila mana ia memandang peristiwa.. Dia mampu terbitkan MAKNA dari peristiwa.. Makna yang boleh memandu kepada hikmah serta pengajaran..

Begitu juga dengan kematian.. Kematian adalah peristiwa.. Dan jikalau kita mahu tergolong sebagai orang bijaksana, maka kita mesti mampu mencari makna atas peristiwa kematian.. Bahkan kata Nabi, bukan setakat tahu makna sahaja tapi perlu punyai kesediaan menghadapi peristiwa mati!

Hakikatnya.. Tiada siapa di dunia ini yang mampu menolak ‘lamaran’ malaikat maut.. Apabila ia datang ‘meminang’.. Maka, tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan tidak juga dilambatkan walau sesaat!

Tidak ada alasan; aku belum bersedia.. Nak tangguh minggu depan boleh tak? Atau.. Jap-jap.. Bagi aku masa lima minit.. Nak solat zohor dulu! Ataupun lagi teruk, Eh! Bukan dalam ‘schedule’ aku mati tahun depan? Apesal lak kau datang awal nie?? (Opss, Jangan ketawa. Ini bukan lawak..Then, memang takdelah respon macam tue!)

Itu sebab peristiwa kematian sering berlaku secara tiba-tiba.. Ada yang tak disangka langsung. Minum kopi petang-petang dengan anak bini tiba-tiba boleh mati??.. Mulalah manusia mencari ‘makna’ kematian secara zahiriah.. Apa penyakit? Lantas bedah siasat dibuat! Kesian mayat yang punya keluarga yang tak faham-faham lagi makna kematian...

Autopsi dengan hanya 'mata pisau' tanpa 'mata hati' pasti tidak ketemu 'makna' kematian...

Penyakit itu sekadar ‘makna suratan’.. Bila anda berpenyakit, anda ada potensi untuk mati! Tapi apakah ‘makna siratan’ disebalik peristiwa mati (Talkin dibaca untuk bagi khabar tersirat. Tapi, sayang tidak semua faham. Tidak faham sebab talkin dalam bahasa Arab satu hal juga..).. Itu yang manusia sering terlepas pandang.. Maka ramailah manusia yang ambil remeh akan peristiwa kematian dengan alasan dia tidak punyai penyakit! Manusia menjadi lalai.. Walhal bukanlah penyakit yang mendorong peristiwa kematian.. Penyakit itu cuma pelengkap asbab.. Asbab sebenar ialah Allah SWT!

Dialah pendorong dan Dialah penentu kepada tarikh kematian kita (Satu soalan.. Bila anda akan mati??)...

Sambung cerita nenek..

Jenazah nenek dibawa ke rumah Pakcik sebelah mak.. Petang itu juga dimandikan dan dikafankan.. Alhamdulillah semua ahli keluarga dapat berkumpul. Cucu-cucu nenek yang ada kat KL, bergegas balik semata-mata ingin bertemu dengan jenazah nenek (Tapi, kenapa orang “lebih gemar” bertemu dengan jenazah berbanding ketika jasad orang itu masih hidup?? Entah! Aku pun tak faham).

Tangisan sanak-saudara kedengaran di sana-sini. Semua bersedih.. Semua sayang nenek.. Semua cinta nenek.. Tapi, apakan daya.. Nenek kena menghadap Allah. Memang benar nenek sayang cucu.. Nenek sayang cicit.. Tapi, nenek lagi sayangkan Allah! Dan moga-moga Allah itu sayangkan nenek juga...

myikhwanfiideen, engkau menangis juga kah? Eh.. Saja nak tanya aku pula.. Nak cakap tak menangis, itu menipu namanya.. Nak cakap menangis, kantoilah..

erm.. Soalan saudari tue kita KIV jawapan dia ke tahun depan ye.. Nape plak? Eh.. Tanya lagi.. Sekarang nie awak nak jawapan kan? So.. Suka hati akulah nak jawab bila.. Kalau kau nak, kau jawab sendirilah.. hehe.

Nenek.. Moga Allah merahmatimu...

Mati.. Peristiwa mati selalunya disandarkan dengan kesedihan.. Manusia akan menangis bila mendengar berita kematian. Apatah lagi bila si mati itu adalah orang yang tersayang atau orang yang terdekat. Itu sudah menjadi “falsafah kematian” bagi setiap orang! Malah, ada orang akan kaget bila ‘diugut’ dengan kematian ahli keluarganya.. Ibu bapa contohnya.. Misalannya sahaja dalam slot malam penghayatan (sesetengah program motivasi)..

Adik-adik.. Tidakkah adik-adik sayang dengan ibu-bapa adik-adik..? Sanggupkah adik-adik kehilangan mereka... Bagaimanakah bila mereka sudah tiada..? Berderum suara esakan peserta-peserta kem (Sampaikan jatuh pengsan pun ada..).. Sebab apa menangis..? Sebab kaget.. Kaget dengan ugutan peristiwa kematian ibu-bapa mereka.. (Moga dengan itu mereka bisa lahirkan sebuah keinsafan!)

Falsafah mati dalam ruang pandang kesedihan biasa kita temui dalam masyarakat.. Sebab sedih itu fitrah! Fitrah yang sesuai dengan peristiwa mati.. (Yela.. Takkan pula kalau ahli keluarga kita meninggal, kita suka.. Itu kurang ajar namanya..)

Tapi, pernah dengar tak satu kisah..

Seorang perempuan tua datang menemui Nabi dalam keadaan bersedih.. Lalu Nabi bertanya.. Mengapa engkau bersedih wahai ibu? Aku bersedih sebab aku tidak punya anak lagi untuk di hantar syahid ke medan perang bersamamu ya Rasulullah!—Bukan bersedih sebab anaknya ‘mati’.. Tapi bersedih kerana tiada lagi anaknya yang boleh dihantar untuk ‘mati’! (Eh.. Ada pula orang macam tue ek)

Bukankah kematian As-Syahid Ahmad Yassin itu menyuburkan lagi intifadha umat islam di Palestina??

Mengapa tidak.. Sekarang pun masih ada yang berpegang pada “falsafah kematian” sebegini.. Tengok saja wawancara ibu-ibu di Palestina.. Setiap hari kami akan lahirkan benteng-benteng manusia yang akan melindungi Baitul Maqdis dengan jantung mereka! Subahanallah! Hebat bukan.. Kematian bukanlah konotasi kepada kesedihan.. Bahkan! Kematian anak-anak dan suami mereka menjadi satu kebanggaan.. Kebanggaan bukan hanya pada si ibu tapi untuk berjuta umat Islam yang ada di dunia! Inilah “falsafah kematian” yang tertinggi—Mati menjadi “keseronokan”!

Lihat sahajalah betapa Allah itu juga amat “seronok” menerima mereka yang mati dalam keadaan “seronok”...

“Wahai jiwa yang TENANG! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (“seronok”) lagi Aku juga redha (“seronok”) denganmu.. (Surah Al-Fajr: Ayat 27-28)

MATI...

Kita bimbang dan sedih bila orang lain mati.. Macamlah kita tak akan mati.. Walhal kita juga mati, cuma masa mati yang tak sama (Kalaulah esok kita akan mati.. Macam mana ek kita malam nie..? Mesti Qiam tak henti-henti kan..)..

Kita berfalsafah dengan kematian orang.. Ada yang rasa sedih ada pula yang seronok.. Tapi pernahkah kita berfalsafah dengan kematian diri yang pasti akan tiba? Seronokkah kita ketika tengah nak mati nanti..? Atau sedihkah kita bila mati menghadirkan diri..?

Dan sebenarnya yang semestinya paling kritikal untuk difalsafahkan ialah..

“Seronokkah” Allah menyambut mati kita..? Ataupun sebaliknya, betapa Allah itu “bersedih” kerana ‘terpaksa’ mengazab mati kita??

Mati adalah jalan.. Jalan menuju maha Pencipta.. Azabkah atau rahmatkah jalan yang kita pilih semua itu perlu di rujuk cepat-cepat pada MANUAL sebelum due date kematian tiba.. Yakinlah bahawa turunnya wahyu bukan sekadar ‘FALSAFAH’ bahkan ia juga adalah ‘MANUAL’!