18 Jun 2010

Selamat melangkah ke alam kampus






Assalamualikum kepada semua pembaca blog Almuni Irfan.Sedar tidak sedar adik-adik dari Kolej Matrikulasi Labuan (KML) Insyallah dapat melangkah ke suatu alam baru iaitu alam kampus.Apa yang admin amat harapkan,pengenalan sahabat2 dengan pelajar-pelajar KML sebelum ini mungkin ketika orentasi,liqa dan pelbagai lagi program dapat diteruskan dengan sentiasa 'follow up" mereka semua.Perkara ini amat penting dan kerana itulah admin merasakan keperluan alumni Irfan ini ditubuhkan yang tidak lain memebantu adik-adik yang telah keluar dari KML.Ukhwah yang telah dibina dahulu adalah perlu untuk kita semua kekalkan dalam memastikan gerak kerja Islam dapat diteruskan.Kebanykkan pelajar KML yang berasal dari Sabah dan Sarawak memikul tugas berat untuk menyebarkan dakwah di daerah masing-masing.Segala pengalaman dakwah,ilmu haruslah dicari selagi mana mendapat peluang untuk kita dapat berbakti kepada masyarakat kemudian hari.

Tugasan berat ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita yang merupakan golongan terpelajar yang telah keluar dari KML."Tsunami kecil" ini seharusnya tidak dipandang sebelah mata kerana admin yakin dengan kemahiran pelajar-pelajar lepasa KML yang rata-ratanya mempunyai potensi seorang pendakwah walaupun tidak mengambil jurusan Agama Islam namun status profasional yang sebati dengan pelajar-pelajar lepasan matrikulasi perlu dijadikan satu kata semnagat untuk berdakwah di negeri masing dengan lebih berkesan.

Harapan admin adalah ingin melihat pelajar-pelajar KML yang pernah ziarah ke Surau Irfan menghadiri program atau pernah bersolat sekalipun di surau itu dapat merasakan bahawa kami alumni Irfan amat mengalu-alu kan kedatangan adik-adik ke kampus kami dan amat berharap untuk kita dapat mengekalkan ukhwah yang sedia ada.Insyallah

BERAMAL KERANA ALLAH

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    ana alumni al-Irfaan 07/08...
    skrg di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
    mohon kpd mana alumni yg dapat nama adik2 KML yg masuk UPSI boleh hubungi ana...

    HERWANA BINTI HERMAN
    019-377 8938
    Exco Kesenian & Kebudayaan,
    MPP UPSI 09/10

    BalasPadam