21 Februari 2009

Menyeberangi Sungai Sejarah

Bagaimana mengambil pedoman dari sejarah?

Ambillah ‘ibrah dari sejarah.
‘Ibrah, berasal dari perkataan arab ‘a-ba-ra.

Begitulah Al-Quran mengajar kita bagaimana mendapat pedoman dari sejarah.
‘Abara bermaksud ‘seberang’, menyeberangi.

Kita bukan lagi menelaah sejarah, bahkan kita seolah-olah menyeberangi sejarah kita, sejarah Islam, sejarah tamadun, seperti menyeberangi sungai; dengan berhati-hati, takut, waspada agar kegagalan silam takkan berulang, kita takkan tergelincir.

Itulah cara mengambil pengajaran atau ‘ibrah daripada sejarah.

Sekarang bukannya masa kita sekadar mengagumi Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Fateh, Ar-Razi, Ibnu Sina atau pencapaiannya semata-mata.

“BUKANNYA PEMUDA YANG MENGATAKAN INILAH AYAHKU,
TETAPI PEMUDA YANG SEBENAR IALAH YANG MENGATAKAN INILAH AKU”



Seberanglah sejarah tersebut, teliti berhati-hati. Barulah syu’urah atau jiwa kan terkesan dengan sejarah. Dan bukan hanya mengagumi, tetapi tanamlah cita-cita untuk jadi lebih baik daripada mereka. Ibnu Sina relevan di zamannya malahan melangkaui beberapa darjah daripada norma di zamannya. Jadilah kita seorang yang relevan di zaman kita. Andai punya masa usaha lebih untuk melangkaui norma zaman kita.

Dunia inginkan perubahan. Dunia sudah mula berubah. Masyarakat mulai sedar. Jepun mula mengambil langkah menyesuaikan sistem perbankannya menurut sistem kewangan Islam. Bangsa India, Cina, sudah mula mahu mengenali apa itu hudud. Islam telah terpromosi dengan percuma. Allah tidak duduk diam saja-saja. Allah juga ‘turun padang’. Dan Allah juga perhatikan kita. Bagaimana kita dengan kerja-kerja dakwah kita?

Maka kita juga patut bertindak. Sesuaikan gaya kita dengan kemajuan dan perubahan yang diinginkan masyarakat. Jangan takut berubah.

Ambil teladan. Kita punya kisah Rasulullah, Ibnu Sina, Salahudin Ayyubi, Abraham Lincoln, sesiapa sahaja.
Akan tetapi seberanglah sejarah...

Nur Izzati Ishak
S/U Alumni Irfaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan