23 Februari 2010

Perjumpaan Alumni Irfan Semenanjung Malaysia



Ust.Zulhilmy menerangkan sesuatu




Sesi Perbincangan antara alumni

antara yang hadir Ridgwan,Hafiz dan Razman



Pada 18 dan 19 Febuari,perjumpaan Almuni Irfan bagi bekas pelajar kolej Matrikulasi Labuan telah diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Walaupun perbezaan kampus,namun alumni-alumni Irfan sanggup turun ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perjumpaan tahunan ini.Perjumpaan yang dinamakan sebagai program RetreatAlumni Irfan 'RAI' ini telah diadakan buat kali kedua,dan kali pertamnaya telah diadakan di sebuah resort yang terletak d Sungai Congkak, Hulu Langat.

Program 2 hari ini telah diisi dengan pelbagai input yang menarik seperti pembentangan setiap unit yang dibahagikan mengikut zon.Sesi muhasabah telah dilakukan dengan penuh berhikmah dan kebanyakkan alumni yang datang amat memberikan kerjasama yang baik dan ini semuanya tidak lain hanyalah untuk menjadikan fungsi alumni Irfan di Semenanjung berjalan dengan lancar.

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah dirancang pada 'RAI' kali ini.Kertas kerja juga telah disiapkan terus selepas sahaja alumni-alumni membincangkan perlaksanaan setiap program dan ini membuktikan kesungguhan mereka dalam mengembangkan lagi fungsi Almuni Irfan.

Terimakasih tidak terhingga kepada pengarah ' RAI ' kali ini Ust.Zulhilmy dan alumni-alumni dari UMP,UM,UKM,UTM,USIM,UPSI dan UTeM yang sanggup meluangkan masa bagi menghadiri program ini.Semoga ukhwah yang sedia terjalin ini akan diredhai oleh Allah.

Tiada ulasan:

Catat Komen