08 Julai 2010

BERITA KAMEK DARI SARAWAK!!!

Susunan pengalaman sahabat Irfan di UNIMAS selaku ahli Unit Pengurusan Masjid UNIMAS (UPMU) c:


23 Januari 2010 (07 Safar 1431H)

Antara program anjuran Unit Pengurusan Masjid UNIMAS pada sesi 2009/2010 adalah lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Kuching dan ini diselaraskan oleh saudara Aidil, Ketua Exco Kebajikan. Berbekalkan moto “Ukhwah Islamiah Itu Indah” kami seramai 35 orang (kira dengan jari ni) bertolak dengan bas UNIMAS ke tempat sasaran, Rumah Kanak-Kanak Kuching di Serian untuk melawat selama satu hari. Antara objektifnya;

a. untuk memberi penerangan mengenai kehidupan di menara gading yang sebenar dalam pembentukan sahsiah ummah kepada para peserta program

b. penerapan kesedaran dan pengisian rohani terhadap mahasiswa dan penghuni Rumah Kanak-Kanak Kuching

c. meningkatkan kemahiran sosial mahasiswa dan mahasiswi seterusnya dapat diaplikasikan apabila sudah berkerjaya kelak

d. menjalin silaturahim antara penghuni dengan siswa-siswi, memupuk semangat kekitaan dan sifat toleransi dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sekeliling serta menyediakan mahasiswa yang sentiasa peka terhadap kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik seterusnya menimbulkan perasaan syukur.

Banyak aktiviti yang telah dirancang sebelum program ini bermula namun apakan daya, kita merancang Dia yang menentukan keputusan. Aktiviti/permainan yang tidak terlaksana itu adalah ‘Katak Ong’, ‘Kelopak Jantung’ dan ‘Sketsa’ (ana pun tak tahu apa itu semua, ajk aktiviti yang buat…). Manakala yang sempat dibuat adalah LDK 1, LDK 2 dan permainan ‘Boom’ oleh para peserta. Kami bertolak balik selepas asar pada hari tersebut. Memang singkat…

Hendak diceritakan disini, kaum muslimat sahaja yang bersama-sama adik (menjadi facilitator) dalam menjalankan aktiviti tersebut disebabkan masalah teknikal tertentu. Kaum muslimin pula macam tersisih, tengok je (dan ada yang jadi sukarela untuk memasak di dapur kerana kekurangan pekerja di sana!).

Namun, apa yang telah berlaku, ternyata objektif program masih tercapai. Ana dengar ketika kami nak bertolak balik, ada seorang adik yang menangis kerana sayangnya kepada salah seorang kakak facilitator. Silaturahim memang akan terbina sekiranya kita berusaha mengenali seseorang itu walaupun sehari, dan kenangannya akan sampai bila-bila…hmm

Di bawah ana tunjukkan gambar ketika program...







20 & 21 Februari 2010 (6 &7 RABIULAWAL 1431H)

Program kedua untuk sesi 2009/2010 adalah Bengkel SMART SOLAT .

Program ini dilaksanakan di surau Kolej Bunga Raya UNIMAS, kerana keluasannya berbanding surau kolej lain. Ia dijalankan selama 2 hari, 8 pagi hingga 5 petang dan ia adalah program anjuran UPMU dengan kerjasama Persatuan Silat Cekak UNIMAS, JAIS dan JAKIM. Antara objektifnya:

a. memberi pendedahan kepada pelajar tentang tatacara solat yang sempurna,

b. mendidik pelajar supaya sentiasa mengambil berat tentang kesempurnaan solat,

c. mewujudkan fikrah Islamik di kampus,

d. mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar

e. seterusnya menarik minat pelajar supaya sentiasa membuat penambahbaikan dalam ibadah.

Sedikit sebanyak, ana pun mendapat input yang bermakna dari program yang dianjurkan…

Kenapa diperintah solat 5 waktu?

Menurut penceramah ini (agak kelakar tone ceramahnya), kita subuh kerana Allah hendakkan kita mengingati-NYA selepas bangun saja dari tidur, sebaik sahaja kita ‘hidup semula’ dari tidur. Sampai waktu zohor, kita diperintah lagi untuk solat kerana Allah Maha Mengetahui bahawa pada waktu tersebut mulanya rasa tension di kepala kita. Maka diperintah lagi untuk mengingati-NYA. Pada waktu asar, rasa kemuncak tension adalah yang paling tinggi. Sekali lagi kita diperintah untuk mengingati-NYA. Pada waktu maghrib, sebagaimana kita semua tahu ia adalah penanda/garisan untuk memasuki hari baru menurut Islam (bukan seperti 12 tengah malam menurut hari barat). Maka diperntahlah kita untuk mengingati-NYA sempena kemasukan hari baru tersebut. Pada waktu isyak,.. cuba teka apa yang di sebaliknya…

“Wuduk adalah untuk membersihkan bahagian anggota yang terdedah” menurut penceramah tersebut.

“Jadi kenapa wuduk lelaki dan perempuan adalah similar” (ana ubah ayatnya, tapi maksud perkongsian ini tak terjejas)

“Kenapa perempuan kena membersihkan bahagian anggota yang terlindung seperti lelaki buat?” (perempuan pakai hijab baa, nampak muka dan tapak tangan jak)

So, what is the reason?

Jawapannya:

Anggota

Hikmah

Muka

Kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan ALLAH ke atas kita

Lengan tangan

Tempat kita memegang kitab amalan kita nanti

Kepala rambut

Tempat keluarnya roh kita nanti

Kaki

Tempat kita berjalan di atas sirat akhirat nanti

Maka, hendaklah kita berwuduk untuk MEMBERSIHKAN bahagian anggota tersebut, bukan sahaja di luar tetapi di dalamnya juga…SUCIKAN DIRIMU

…Gambar-gambir…

HARI PERTAMA




HARI KEDUA




20 Mac 2010 (04 RabiulAkhir 1431 H)

Program Ekspedisi Gunung Serapi telah dijalankan dengan jayanya di Kubah National Park, Matang selama satu hari sahaja. Kami ke sana dengan bas UNIMAS bersama-sama dengan para peserta yang lain (muslimin muslimat) dan lebih kurang 55 orang (termasuk ajk) yang mengikuti aktiviti mencabar ini. Ketika kami tiba di sana, hujan pula renyai-renyai, namun tak mematahkan semangat kami untuk teruskan matlamat asal kami. Ia adalah anjuran UPMU dan Rakan Pusat Islam (RAPI). Penganjur program mengusulkan untuk memakai kasut biasa sahaja untuk proses pendakian kerana difahamkan bahawa jalan mendaki bertar. Namun apabila kami melepasi jalan bertar ternyata jalan berbatu, tangga kayu yang curam, tanah lumpur, jambatan yang usang dan berlubang serta akar pokok yang berselirat yang menunggu kami…hmm

Namun semangat pendakian para peserta bolehlah amat dibanggakan. Sasaran tempat kami adalah air terjun, dan kami berjaya sampai di sana. Namun kaum muslimin sahaja yang dibenarkan berada di tempat air terjun kerana lantai batu yang licin (beberapa orang telah terjatuh di sana namun tak fatal) manakala kaum muslimat berada di bawah air terjun.

Antara objektif program ini diadakan adalah

a. untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan aktif mahasiswa dan mahasiswi

b. mewujudkan persaudaraan yang utuh dan mesra dalam kalangan siswa dengan siswa dan siswi dengan siswi

c. Program ini juga diharap dapat menyemai semangat cintakan alam sekitar terhadap siswa dan siswi masa kini, disamping dapat mencari ketenangan sebelum menhadapi peperiksaan akhir semester.

Di sana kami turut melaksanakan aktiviti permainan, sepanjang ekspedisi ke gunung serapi, terdapat 6 slot aktiviti iaitu ta’aruf kumpulan, hayati ciptaan alam, perkenalkan kumpulan dan akhirnya terdapat 3 slot tugasan berkumpulan yang dijalankan di tempat air terjun. Melalui aktiviti dan pengisian yang dijalankan para peserta didedahkan dengan betapa pentingnya sikap kerjasama antara ahli untuk menyelesaikan masalah dan membina sebuah kekuatan bagi melahirkan generasi Islam yang sebenar. Penghayatan kepada persekitaran yang aman, segar dan jauh dari kesibukan bandar juga dapat memberi ketenangan kepada para peserta selain pergi berhibur ke pusat-pusat hiburan.

Aturcara

7.30am : Bertolak ke Gunung Serapi, Matang

8.30am : Sampai dan Pendaftaran Pelajar

9.30am : Taklimat dari Ranger Gunung Serapi

10.00am : Pendakian bermula

11.30am : Aktiviti 1(Taaruf Kumpulan)

Aktiviti 2(Mencari Ciptaan Alam yang ada simbol Ukhwah)

12.30am : Samapi di Kaki Air Terjun

Aktiviti 3(Kerjasama menulis silaturahim)

Aktiviti 4(Merperkenalkan ahli kumpulan)

1.00pm : Solat Zuhur di pondok tepi hutan

2.00pm : Aktiviti 5(Susun Ikrar)

Aktiviti 6(Aktiviti Kreativiti)

3.30pm : Berjalan menuju Datran Kaki Gunung Serapi

4.30pm : Perjalanan pulang dengan bas

5.00pm : Solat Asar di Masjid Matang

6.00pm : Sampai di UNIMAS


27 & 28 Mac 2010 (11 & 12 RabiulAkhir 1431H)

Kursus perkahwinan sesi 2009/2010 telah dilaksanakan dengan agak meriahnya di AUDITORIUM CAIS selama 2 hari dari 8am hingga 5pm, dan ia adalah anjuran UPMU dengan beberapa objektif:

a. Mendedahkan kepada para penuntut UNIMAS dan masyarakat luar dengan pengenalan dunia perkahwinan agar lebih memahami tuntutan syariat dan pergaulan yang dibenarkan

b. Memberi kefahaman tentang kehidupan berumahtangga dan tanggungjawab sebagai suami mithali dan isteri solehah.

c. Agar penuntut dan masyarakat luar lebih bersedia dan mengikut tuntutan sebenar agama terutama daripada segi batas pergaulan sebelum mengikat perkahwinan.

d. Untuk menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kesucian dalam semua hal dengan menetapkan hukum-hukum dalam pergaulan.

Tentatif Program

27 MAC 2010 (SABTU)

Masa

Program

0800 – 0830

- Pendaftaran peserta

- Ketibaan jemputan dan penceramah

- Taklimat kursus

0830 – 1000

Ceramah 1

Tajuk : PERKAHWINAN DAN PROSEDUR

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1000 – 1030

Minum pagi

1030 – 1200

Ceramah 2

Tajuk : PERANAN SUAMI ISTERI DALAM MEMBENTUK

KELUARGA BAHAGIA

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1200 – 1400

Makan tengahari dan solat Zohor

1400 – 1530

Ceramah 3

Tajuk PENGURUSAN MASA KELUARGA

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1530 – 1630

Ceramah 4

Tajuk : PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1630 – 1730

Minum petang dan solat Asar


Bersurai

28 MAC 2010 (AHAD)

Masa

Program

0830 – 1000

Ceramah 5

Tajuk : PENGURUSAN MASALAH TEKANAN

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1000 – 1030

Minum pagi

1030 – 1200

Ceramah 6

Tajuk : PENGURUSAN MASALAH KONFLIK DAN

KAUNSELING

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1200 – 1400

Makan tengahari dan solat Zohor

1400 – 1545

Ceramah 7

Tajuk : KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN

KEKELUARGAAN

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1545 – 1550

1550–1615

Majlis penangguhan dan penyampaian sijil

-Ketibaan tetamu jemputan

-Bacaan doa

-Ucapan Pengarah Projek

-Ucapan Penangguhan oleh TNC HEPA

-Penyampaian Sijil kepada peserta

1630

- Minum petang

- Solat Asar

- Bersurai

Rasanya ada perubahan sedikit pada tentatif, tapi ana nak gambarkan sedikit perjalanan program tersebut…

13 April 2010 (28 RabiulAkhir 1431H)

Pada hari tersebut, berjalannya program solat hajat perdana sesi 2009/2010 dan ia juga secara tunggal dianjurkan oleh UPMU. Masanya selepas maghrib dengan sedikit ceramah yang disampaikan oleh lecturer UNIMAS sendiri. Ketika program, kaum muslimat merupakan pemenang bagi mereka yang paling banyak menduduki masjid berbanding kaum muslimin (sampai ada sembahyang di veranda masjid). Selepas ceramah, kami membaca surah Yasin bersama-sama dan kemudian diikuti bacaan zikir oleh kumpulan nasyid UNIMAS. Matlamat program ini adalah untuk mendapat petunjuk dan pertolongan daripada-NYA sempena peperikaan kami yang akan menjelang. Jadi, selamat BERJAYA…C:

15 April 2010 (01 JamadilAwal 1431H)

Pengerusi kami, Saudara Bismi akan grade pada tahun ini dan mungkin akan meninggalkan UPMU, namun dakwahnya insya-ALLAH tetap segar. Maka kami berkeputusan untuk mengadakan majlis perpisahan secara mengejut, tanpa pengetahuannya. Dengan strategi kanak-kanak, kami mengumpannya ke tempat berlangsungnya program, dan ternyata dia agak bingung dan terkejut dengan acara yang tak disangka tersebut. Namun ia berjalan dengan baik; dengan sedikit ucapan daripada Majlis Perwakilan Pelajar iaitu saudara Hisbullah, penyelaras UPMU, mantan UPMU dan saudara Bismi sekali.


sekian...


Tiada ulasan:

Catat Komen