21 Januari 2011

Sejarah Tercipta

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Alhamdulillah, pada 14 -16 Januari 2011 yang lalu berlangsung IRONI 2011. IRONI, ataupun nama penuhnya, Irfanic Reunion Interaction merupakan anjuran julung kalinya oleh Alumni Irfaan cawangan semenanjung Malaysia. Bertempat di Masjid ar-Rahman Kampung Tunku, Kuala Lumpur, program ini telah berjaya mengumpul sejumlah peserta dari kampus sekitar Lembah Klang & bahagian utara Malaysia.

Para peserta telah dibawa ke arah pemahaman terhadap agama lain sepanjang program ini berlangsung. Selain berbentuk pendedahan, ia juga bertujuan untuk mempersiapkan para peserta program daripada ancaman gejala murtad yang sedang melanda di bumi Borneo. Sebagai tirai pembuka program, ustaz Sayuti bin Ishak (kini bertugas di Kolej Matrikulasi Selangor) telah menyampaikan ceramah bertajuk "Asas & kaedah dakwah kepada non-muslim".


Pada hari kedua program, para peserta telah dibawa menziarahi rumah ibadat agama lain dalam slot "Jalan-jalan Dakwah". Sebanyak dua tempat telah dikunjungi oleh peserta program yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu Sri Lanka Buddhist Temple & St Joseph Catholic Church. Kedua lokasi lawatan tersebut bertempat di Sentul. Antara hasil kajian menarik yang didapati oleh para peserta adalah mengenai persepsi salah masyarakat umum terhadap kedua agama ini. Sebenarnya, sifat sesetengah orang yang bersifat skeptis terhadap agama lain telah mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Hasilnya, segelintir anggota masyarakat cenderung bersifat ekstrem bilamana terdapat isu yang menyentuh sensitiviti agama antara kaum.

Selain itu, antara input menarik melalui program IRONI kali ini adalah ceramah yang disampaikan oleh dua saudara baru, iaitu Brother Yusuf & Brother Ikhwan. Pengisian tersebut bukan sahaja membuka mata peserta mengenai ancaman Kristianisasi di tanah air, malah turut memberikan sedikit-sebanyak ilmu perbandingan antara agama.

Program ini telah berakhir pada hari Ahad (16 Januari), setelah peserta membuat resolusi program. Insya Allah IRONI akan dijadikan sebagai program tahunan Alumni Irfaan. Buat sahabat yang tidak berkesempatan untuk hadir pada kali ini, mudah-mudahan kita dapat bersua muka dalam program yang akan datang. Semoga ukhwah yang bertaut di matrikulasi tidak luput ditelan masa. ~ Setahun bersama, Sehayat terasa ~

08 Januari 2011

IRONI 2011 : Anda bersedia?

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Alhamdulillah...akhirnya, program yang dinanti-nantikan bakal berlangsung dalam tempoh terdekat. Adakah sahabat sekalian sudah bersedia? Tempat terhad, siapa cepat dia dapat !! Rebutlah peluang keemasan ini untuk bertemu senior matrikulasi & sahabat2 batch anda di sana.

Maklumat program :

Nama program : IRONI 2011 (alumni irfaan reunion 2011)
Tempat : Masjid Kampung Tungku, Taman Paramount, Kuala Lumpur
Tarikh : 14 - 16 Januari 2011

Diharapkan sahabat sekalian dari seluruh negeri semenanjung dapat turun untuk menghadiri program ini. Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi :

  • Kak Azmawati (UKM) : 0135414019
  • Akhi Fadhil (USIM) : 0195285457
  • Kak Pausiah (UTM) : 013543542.
Berikut disertakan peta ke tapak program buat rujukan sahabat sekalian. Wallahu'alam.


Klik utk zoom

22 November 2010

Sekilas : Retreat IRONI


Alhamdulillah, pada 20 November 2010 (Sabtu), bertempat di Surau al-Kauthar, Bandar Baru Bangi, Selangor telah berlangsungnya Retreat IRONI, khusus untuk AJK IRONI 2011. Pelbagai perkara telah dimesyuaratkan dan alhamdulillah, beberapa kata putus telah disepakati bersama.

Antara agenda paling penting yang menjadi tajuk perbincangan adalah mengenai IRONI. Berikut adalah butiran terkini :
  • Tempat : Ulu Yam, Selangor
  • Tarikh : 14 hingga 16 Januari 2011
  • Masa : Petang Jumaat - Pagi Ahad
Mesyuarat telah berlangsung hingga ke petang. Kemudian, barisan AJK telah mengadakan lawatan mahabbah ke rumah salah seorang alumni KML, saudara Hafiz, yang merupakan teman seangkatan akhi Zulhilmey. Selesai lawatan, kami menunaikan solat maghrib di masjid berdekatan sebelum pulang ke kampus masing-masing.


Salam Imtihan 2010

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..

Kami dari pihak Alumni Irfaan ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan akhir semester kepada semua sahabat, khususnya buat IPT yang baru sahaja bermula. Semoga Allah membantu kalian menjawab paper. Namun, buat yang sudah habis peperiksaan & pulang ke kampung halaman, semoga selamat dalam perjalanan pulang.

Setelah berusaha, tibalah masanya bertawakkal. Semoga Dia mengurniakan keputusan yang terbaik bagi kita...amiin.

09 Oktober 2010

IRONI ditunda lagi !!

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Assalamu'alaikum warahmatullah. Semoga sahabat sekalian sentiasa dicucuri rahmat oleh Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makluman terkini mengenai IRONI, tarikh program ini terpaksa ditunda lagi atas beberapa sebab tertentu :
  1. Permintaan adik-adik, yang mana ramai tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh cadangan iaitu 15 - 17 Oktober. Ramai yang busy dengan assignment, projek, presentation dan sebagainya.
  2. Masalah kekurangan bajet
Diharap dengan penangguhan program ini ke semester hadapan, penyertaan peserta akan lebih ramai & masalah bajet telah dapat diselesaikan. Cadangan awal, program akan dilangsungkan pada awal bulan Januari. Tarikh yang spesifik akan diumumkan kemudian oleh barisan AJK program. Harap maaf atas sebarang kesulitan yang timbul berikutan daripada pindaan ini. Mohon kiranya sahabat sekalian sudi menghebahkan maklumat ini, agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan (datang ke tapak program, tapi program tiada..huhu).

Harap maklum.

Wallahu'alam.

07 Oktober 2010

Debaran Semakin Terasa !!

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..

Masa terus-menerus berlalu, tanpa disedari, tarikh IRONI '10 semakin hampir. Jangan lupa mengajak sahabat di kampus untuk menghadiri program ini !!

25 September 2010

IRONI '10 - perkembangan terkini

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Assalamu'alaikum warahmatullah.
Semoga sahabat sekalian sentiasa berada dalam naungan rahmat-Nya.

Atas sebab-sebab tertentu, tarikh untuk program IRONI 2010 telah diubah kepada 15-17 Oktober 2010. Berikut adalah butiran terbaru program ni :
  • Nama : IRONI '10
  • Tempat : Ulu Yam, Selangor
  • Tarikh : 15 - 17 Oktober 2010
Buat mereka yang berminat, bolehlah menyerahkan nama, no ic, IPTA/IPTS beserta email kepada akhi Fadhil (USIM) - 0195285457 & Kak Pausiah (UTM) - 013543542.
Jazakallah atas kerjasama yang diberikan.

21 September 2010

Puisi Dakwah

Jalan dakwah panjang,
Terbentang jauh ke depan,
Duri dan batu terjal selalu menganjal,
Lurah dan bukit menghadang hujungnya bukan di usia,
Bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Redha Allah Cinta adalah sumbernya,
Hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia,
Ajaklah ke jalan Rabbmu,
Nikmati perjalanannya,
Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu, Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…


Pergilah ke hati-hati manusia,
Ajaklah ke jalan Rabbmu,
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam, Risalah anbiya dan warisan ulama.
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku, dan matiku semata bagi Rabb semesta". ” Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal,
Membangun kejayaan ummat bila-bila masa, di mana saja kamu berada,
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu
Apalagi lamunan.
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga terbangunnya sebuah daulah Islamiah.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,
Tinggikan kalimat Allah,
Rendahkan dugaan syaitan durjana,
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan..


Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa.
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,
Kerananya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan.
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud,
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’ie,
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh.
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya.
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.


Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah.
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya, itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cintaNya.
Berjumpa karena taat kepadaNya.
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah.
Saling berjanji untuk menolong syariatNya.

08 September 2010

Coming up Next....IRONI '10 !!


Hebahan program Alumni Irfaan cawangan Semenanjung !!
Butiran program :
  • Nama : IRONI '10
  • Lokasi : Ulu Yam, Selangor
  • Tarikh : 8-10 Oktober 2010
Berminat? Sila serahkan nama penuh, nombor telefon, universiti(kampus) kepada akhi Fadhil (USIM) - 0195285457 & Kak Pausiah (UTM) - 0135435425

07 September 2010

Salam Lebaran 1431Hijrah

Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..


Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh..

Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat wal'afiat, berkat naungan rahmat & kasih sayang-Nya yang tidak pernah putus terhadap semua makhlukNya.
Selawat & salam juga kepada Nabi Junjungan S.A.W & para sahabat yang mengikuti jejak langkah baginda hingga yaumul akhir.
Sedar tidak sedar, kita telah berada di penghujung Ramadhan. Syawal bakal ditempuhi tidak lama lagi.

Bagaimana puasa anda tahun ini? Adakah ianya berupaya melakukan transformasi pada diri anda? Atau anda masih insan yang sama? Tepuk dada, tanya iman.

Buat mereka yang berada di kampung halaman, selamat berhari raya di sisi keluarga yang tercinta. Rebutlah peluang keemasan ini untuk melepaskan rindu pada ayah bonda yang sekian lama terpisah kerana terpaksa merantau untuk menuntut ilmu. Ambillah kesempatan balik bercuti ini, untuk berbakti sepenuh masa terutamanya kepada ibu anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang diganjarkanNya kepada seorang anak soleh yang berbakti kepada ibundanya, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.


Namun, buat mereka yang berada di perantauan & tidak dapat pulang, janganlah bersedih hati. Pengalaman beraya di perantauan, jauh daripada ibu bapa & kampung halaman adalah sesuatu yang lumrah...Manfaatkanlah kecanggihan teknologi maklumat untuk "mendekatkan" jurang anda dengan ibu bapa anda. Biarlah jauh di mata, tapi dekat di hati. Insya Allah, panjang umur murah rezeki, kampung halaman pasti akan dikunjungi lagi.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari krew Alumni Irfaan. Maaf zahir & batin atas segala kekurangan & kesilapan kami semasa mengendalikan laman ini, ataupun apa-apa sahaja program yang telah berlalu. Wallahu'alam.

Nantikan program kami yang terdekat...AKAN DATANG !! Bulan Oktober ni..hehe

08 Julai 2010

BERITA KAMEK DARI SARAWAK!!!

Susunan pengalaman sahabat Irfan di UNIMAS selaku ahli Unit Pengurusan Masjid UNIMAS (UPMU) c:


23 Januari 2010 (07 Safar 1431H)

Antara program anjuran Unit Pengurusan Masjid UNIMAS pada sesi 2009/2010 adalah lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Kuching dan ini diselaraskan oleh saudara Aidil, Ketua Exco Kebajikan. Berbekalkan moto “Ukhwah Islamiah Itu Indah” kami seramai 35 orang (kira dengan jari ni) bertolak dengan bas UNIMAS ke tempat sasaran, Rumah Kanak-Kanak Kuching di Serian untuk melawat selama satu hari. Antara objektifnya;

a. untuk memberi penerangan mengenai kehidupan di menara gading yang sebenar dalam pembentukan sahsiah ummah kepada para peserta program

b. penerapan kesedaran dan pengisian rohani terhadap mahasiswa dan penghuni Rumah Kanak-Kanak Kuching

c. meningkatkan kemahiran sosial mahasiswa dan mahasiswi seterusnya dapat diaplikasikan apabila sudah berkerjaya kelak

d. menjalin silaturahim antara penghuni dengan siswa-siswi, memupuk semangat kekitaan dan sifat toleransi dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sekeliling serta menyediakan mahasiswa yang sentiasa peka terhadap kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik seterusnya menimbulkan perasaan syukur.

Banyak aktiviti yang telah dirancang sebelum program ini bermula namun apakan daya, kita merancang Dia yang menentukan keputusan. Aktiviti/permainan yang tidak terlaksana itu adalah ‘Katak Ong’, ‘Kelopak Jantung’ dan ‘Sketsa’ (ana pun tak tahu apa itu semua, ajk aktiviti yang buat…). Manakala yang sempat dibuat adalah LDK 1, LDK 2 dan permainan ‘Boom’ oleh para peserta. Kami bertolak balik selepas asar pada hari tersebut. Memang singkat…

Hendak diceritakan disini, kaum muslimat sahaja yang bersama-sama adik (menjadi facilitator) dalam menjalankan aktiviti tersebut disebabkan masalah teknikal tertentu. Kaum muslimin pula macam tersisih, tengok je (dan ada yang jadi sukarela untuk memasak di dapur kerana kekurangan pekerja di sana!).

Namun, apa yang telah berlaku, ternyata objektif program masih tercapai. Ana dengar ketika kami nak bertolak balik, ada seorang adik yang menangis kerana sayangnya kepada salah seorang kakak facilitator. Silaturahim memang akan terbina sekiranya kita berusaha mengenali seseorang itu walaupun sehari, dan kenangannya akan sampai bila-bila…hmm

Di bawah ana tunjukkan gambar ketika program...







20 & 21 Februari 2010 (6 &7 RABIULAWAL 1431H)

Program kedua untuk sesi 2009/2010 adalah Bengkel SMART SOLAT .

Program ini dilaksanakan di surau Kolej Bunga Raya UNIMAS, kerana keluasannya berbanding surau kolej lain. Ia dijalankan selama 2 hari, 8 pagi hingga 5 petang dan ia adalah program anjuran UPMU dengan kerjasama Persatuan Silat Cekak UNIMAS, JAIS dan JAKIM. Antara objektifnya:

a. memberi pendedahan kepada pelajar tentang tatacara solat yang sempurna,

b. mendidik pelajar supaya sentiasa mengambil berat tentang kesempurnaan solat,

c. mewujudkan fikrah Islamik di kampus,

d. mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar

e. seterusnya menarik minat pelajar supaya sentiasa membuat penambahbaikan dalam ibadah.

Sedikit sebanyak, ana pun mendapat input yang bermakna dari program yang dianjurkan…

Kenapa diperintah solat 5 waktu?

Menurut penceramah ini (agak kelakar tone ceramahnya), kita subuh kerana Allah hendakkan kita mengingati-NYA selepas bangun saja dari tidur, sebaik sahaja kita ‘hidup semula’ dari tidur. Sampai waktu zohor, kita diperintah lagi untuk solat kerana Allah Maha Mengetahui bahawa pada waktu tersebut mulanya rasa tension di kepala kita. Maka diperintah lagi untuk mengingati-NYA. Pada waktu asar, rasa kemuncak tension adalah yang paling tinggi. Sekali lagi kita diperintah untuk mengingati-NYA. Pada waktu maghrib, sebagaimana kita semua tahu ia adalah penanda/garisan untuk memasuki hari baru menurut Islam (bukan seperti 12 tengah malam menurut hari barat). Maka diperntahlah kita untuk mengingati-NYA sempena kemasukan hari baru tersebut. Pada waktu isyak,.. cuba teka apa yang di sebaliknya…

“Wuduk adalah untuk membersihkan bahagian anggota yang terdedah” menurut penceramah tersebut.

“Jadi kenapa wuduk lelaki dan perempuan adalah similar” (ana ubah ayatnya, tapi maksud perkongsian ini tak terjejas)

“Kenapa perempuan kena membersihkan bahagian anggota yang terlindung seperti lelaki buat?” (perempuan pakai hijab baa, nampak muka dan tapak tangan jak)

So, what is the reason?

Jawapannya:

Anggota

Hikmah

Muka

Kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan ALLAH ke atas kita

Lengan tangan

Tempat kita memegang kitab amalan kita nanti

Kepala rambut

Tempat keluarnya roh kita nanti

Kaki

Tempat kita berjalan di atas sirat akhirat nanti

Maka, hendaklah kita berwuduk untuk MEMBERSIHKAN bahagian anggota tersebut, bukan sahaja di luar tetapi di dalamnya juga…SUCIKAN DIRIMU

…Gambar-gambir…

HARI PERTAMA




HARI KEDUA




20 Mac 2010 (04 RabiulAkhir 1431 H)

Program Ekspedisi Gunung Serapi telah dijalankan dengan jayanya di Kubah National Park, Matang selama satu hari sahaja. Kami ke sana dengan bas UNIMAS bersama-sama dengan para peserta yang lain (muslimin muslimat) dan lebih kurang 55 orang (termasuk ajk) yang mengikuti aktiviti mencabar ini. Ketika kami tiba di sana, hujan pula renyai-renyai, namun tak mematahkan semangat kami untuk teruskan matlamat asal kami. Ia adalah anjuran UPMU dan Rakan Pusat Islam (RAPI). Penganjur program mengusulkan untuk memakai kasut biasa sahaja untuk proses pendakian kerana difahamkan bahawa jalan mendaki bertar. Namun apabila kami melepasi jalan bertar ternyata jalan berbatu, tangga kayu yang curam, tanah lumpur, jambatan yang usang dan berlubang serta akar pokok yang berselirat yang menunggu kami…hmm

Namun semangat pendakian para peserta bolehlah amat dibanggakan. Sasaran tempat kami adalah air terjun, dan kami berjaya sampai di sana. Namun kaum muslimin sahaja yang dibenarkan berada di tempat air terjun kerana lantai batu yang licin (beberapa orang telah terjatuh di sana namun tak fatal) manakala kaum muslimat berada di bawah air terjun.

Antara objektif program ini diadakan adalah

a. untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan aktif mahasiswa dan mahasiswi

b. mewujudkan persaudaraan yang utuh dan mesra dalam kalangan siswa dengan siswa dan siswi dengan siswi

c. Program ini juga diharap dapat menyemai semangat cintakan alam sekitar terhadap siswa dan siswi masa kini, disamping dapat mencari ketenangan sebelum menhadapi peperiksaan akhir semester.

Di sana kami turut melaksanakan aktiviti permainan, sepanjang ekspedisi ke gunung serapi, terdapat 6 slot aktiviti iaitu ta’aruf kumpulan, hayati ciptaan alam, perkenalkan kumpulan dan akhirnya terdapat 3 slot tugasan berkumpulan yang dijalankan di tempat air terjun. Melalui aktiviti dan pengisian yang dijalankan para peserta didedahkan dengan betapa pentingnya sikap kerjasama antara ahli untuk menyelesaikan masalah dan membina sebuah kekuatan bagi melahirkan generasi Islam yang sebenar. Penghayatan kepada persekitaran yang aman, segar dan jauh dari kesibukan bandar juga dapat memberi ketenangan kepada para peserta selain pergi berhibur ke pusat-pusat hiburan.

Aturcara

7.30am : Bertolak ke Gunung Serapi, Matang

8.30am : Sampai dan Pendaftaran Pelajar

9.30am : Taklimat dari Ranger Gunung Serapi

10.00am : Pendakian bermula

11.30am : Aktiviti 1(Taaruf Kumpulan)

Aktiviti 2(Mencari Ciptaan Alam yang ada simbol Ukhwah)

12.30am : Samapi di Kaki Air Terjun

Aktiviti 3(Kerjasama menulis silaturahim)

Aktiviti 4(Merperkenalkan ahli kumpulan)

1.00pm : Solat Zuhur di pondok tepi hutan

2.00pm : Aktiviti 5(Susun Ikrar)

Aktiviti 6(Aktiviti Kreativiti)

3.30pm : Berjalan menuju Datran Kaki Gunung Serapi

4.30pm : Perjalanan pulang dengan bas

5.00pm : Solat Asar di Masjid Matang

6.00pm : Sampai di UNIMAS


27 & 28 Mac 2010 (11 & 12 RabiulAkhir 1431H)

Kursus perkahwinan sesi 2009/2010 telah dilaksanakan dengan agak meriahnya di AUDITORIUM CAIS selama 2 hari dari 8am hingga 5pm, dan ia adalah anjuran UPMU dengan beberapa objektif:

a. Mendedahkan kepada para penuntut UNIMAS dan masyarakat luar dengan pengenalan dunia perkahwinan agar lebih memahami tuntutan syariat dan pergaulan yang dibenarkan

b. Memberi kefahaman tentang kehidupan berumahtangga dan tanggungjawab sebagai suami mithali dan isteri solehah.

c. Agar penuntut dan masyarakat luar lebih bersedia dan mengikut tuntutan sebenar agama terutama daripada segi batas pergaulan sebelum mengikat perkahwinan.

d. Untuk menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kesucian dalam semua hal dengan menetapkan hukum-hukum dalam pergaulan.

Tentatif Program

27 MAC 2010 (SABTU)

Masa

Program

0800 – 0830

- Pendaftaran peserta

- Ketibaan jemputan dan penceramah

- Taklimat kursus

0830 – 1000

Ceramah 1

Tajuk : PERKAHWINAN DAN PROSEDUR

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1000 – 1030

Minum pagi

1030 – 1200

Ceramah 2

Tajuk : PERANAN SUAMI ISTERI DALAM MEMBENTUK

KELUARGA BAHAGIA

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1200 – 1400

Makan tengahari dan solat Zohor

1400 – 1530

Ceramah 3

Tajuk PENGURUSAN MASA KELUARGA

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1530 – 1630

Ceramah 4

Tajuk : PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1630 – 1730

Minum petang dan solat Asar


Bersurai

28 MAC 2010 (AHAD)

Masa

Program

0830 – 1000

Ceramah 5

Tajuk : PENGURUSAN MASALAH TEKANAN

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1000 – 1030

Minum pagi

1030 – 1200

Ceramah 6

Tajuk : PENGURUSAN MASALAH KONFLIK DAN

KAUNSELING

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1200 – 1400

Makan tengahari dan solat Zohor

1400 – 1545

Ceramah 7

Tajuk : KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN

KEKELUARGAAN

Penceramah : Akan ditentukan kemudian

1545 – 1550

1550–1615

Majlis penangguhan dan penyampaian sijil

-Ketibaan tetamu jemputan

-Bacaan doa

-Ucapan Pengarah Projek

-Ucapan Penangguhan oleh TNC HEPA

-Penyampaian Sijil kepada peserta

1630

- Minum petang

- Solat Asar

- Bersurai

Rasanya ada perubahan sedikit pada tentatif, tapi ana nak gambarkan sedikit perjalanan program tersebut…

13 April 2010 (28 RabiulAkhir 1431H)

Pada hari tersebut, berjalannya program solat hajat perdana sesi 2009/2010 dan ia juga secara tunggal dianjurkan oleh UPMU. Masanya selepas maghrib dengan sedikit ceramah yang disampaikan oleh lecturer UNIMAS sendiri. Ketika program, kaum muslimat merupakan pemenang bagi mereka yang paling banyak menduduki masjid berbanding kaum muslimin (sampai ada sembahyang di veranda masjid). Selepas ceramah, kami membaca surah Yasin bersama-sama dan kemudian diikuti bacaan zikir oleh kumpulan nasyid UNIMAS. Matlamat program ini adalah untuk mendapat petunjuk dan pertolongan daripada-NYA sempena peperikaan kami yang akan menjelang. Jadi, selamat BERJAYA…C:

15 April 2010 (01 JamadilAwal 1431H)

Pengerusi kami, Saudara Bismi akan grade pada tahun ini dan mungkin akan meninggalkan UPMU, namun dakwahnya insya-ALLAH tetap segar. Maka kami berkeputusan untuk mengadakan majlis perpisahan secara mengejut, tanpa pengetahuannya. Dengan strategi kanak-kanak, kami mengumpannya ke tempat berlangsungnya program, dan ternyata dia agak bingung dan terkejut dengan acara yang tak disangka tersebut. Namun ia berjalan dengan baik; dengan sedikit ucapan daripada Majlis Perwakilan Pelajar iaitu saudara Hisbullah, penyelaras UPMU, mantan UPMU dan saudara Bismi sekali.


sekian...