30 Jun 2009

Ahlan wasahlan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..


Sebelum sauh berlabuh, sementara angin dan cuaca masih baik, terusan lah berlayar wahai adikku Pelayaran masih panjang.. Perjalanan masih penuh dengan ombak-ombak yang mengganas.. Bertahanlah!

“Selamat Datang” dan “Selamat Memulakan sesi pengajian baru” di kampus baru masing-masing..


Kini adik-adik berada di fasa kedua kehidupan. Sudahpun bergelar seorang mahasiswa. Menjadi seorang mahasiswa cemerlang bukannya sukar. Paling utama adalah kebijaksanaan kita membaca suasana..


Percayalah berada di kampus universiti merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan bakal memberikan 1001 pendedahan ke dunia luar. Dunia tanpa sempadan.. Ayuh kita terobosi keunikan dan kehebatan universiti masing-masing dengan aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di kolej mahupun di fakulti..


Sejumlah 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ya, tempat yang begitu terhad, sedangkan hampir 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.. Nah! tidakkah kalian rasa bersyukur? Sebabnya mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat di matrik tidak dapat menyambung pelajarannya.. mungkin?


Maka.. Bagi yang tidak berjaya memasuki IPTA.. Usah bimbang dan risau kerana peluang masih terbentang luas. Pelbagai alternatif lain menanti anda. Jangan risau kerana anda berada di Malaysia. Negara yang begitu menitik beratkan warga jagatnya untuk menimba ilmu pengetahuan!

Bagi yang berjaya.. Sekalung tahniah buat anda semua.. Kini pastinya kanvas kehidupan seorang mahasiswa bakal di penuhi dengan diaspora warna yang pelbagai bergantung dengan kebijaksanaan pemilik diri.


Ketuklah minda supaya sedar dan mula memasang iltizam untuk lebih bersungguh-sungguh meniti kehidupan di kampus..


Prof Sidek Baba, Tokoh yang sudah tidak asing di arena pendidikan Malaysia. Beliau begitu bimbang dan mengharapkan generasi muda khususnya mahasiwa terusan kehadapan dalam mengetengahkan budaya ilmu, sebagaimana kehebatan tamadun Andalusia… Ya kita perlu contohi!


Sempat saya sisipkan pesanan Prof Sidek Baba yang saya petik dalam blog beliau, http://ilmuwan-w.blogspot.com/2008/07/ceramah-profdrsidek-baba.html


a) Mahasiswa berfikiran kritis dan kreatif
Beliau menyeru mahasiswa agar berfikiran lebih kritis dan kreatif.Menurut beliau ,"tak boleh yang ini bukanlah bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa!!! Sebarang kekangan terhadap pergerakan mahasiswa perlulah di hadapi dengan strategik. Perlu ada pemikiran dan perancangan strategik.Ada Plan A ,Plan B dan seterusnya."


b) Tradisi budaya ilmu mahasiswa
Mahasiswa menurut beliau perlu memperkasa diri dengan ilmu,ketrampilan,kemahiran, kesedaran ,visi , misi dan lain-lain. Suasana lesu dan sepi,kelembapan dan kemandulan keintelektualan ilmu perlu dihapuskan.Kualiti ilmu mahasiswa perlu ditingkatkan bukan sekadar berupaya menghafaz,mengingat,dan belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata@exam oriented.Dan menyentuh persoalan budaya ilmu beliau menekankan kepentingan mahasiswa mempunyai tabiat membaca buku.


Juga digariskan Wawasan Mahasiswa era globalisasi:
1. Membangun peribadi holistik dan daya kepimpinan teladan
2. Keupayaan menyaring manfaat berbanding dari nilai murni pelbagai tamadun
3. Bertekad membina perubahan dalam acuan sendiri
4. Memiliki upaya strategik globalisasi dalam konteks membangun jiwa merdeka

Akhir kata..


Pesanan akak kepada adik-adik mahasiswa yang disayangi..

Warga jagat Malaysia di jangkakan pada 2020 nanti adalah seramai 32 juta penduduk. Dalam jumlah ini, siapa lagi bakal menjadi pemimpin, jika bukan kalian? Siapa lagi yang bakal memenuhi ribuan kerusi-kerusi empuk, berkolar biru, menjawat pelbagai jawatan professional yang akhirnya bakal membentuk dasar dan perjalanan Negara?


Siapa?


Adakah kita mengharapkan si nelayan tua untuk menggubal undang-undang? Nah siapa lagi jika bukan kalian? Penerus generasi rabbani yang bakal menggoncang dunia. Bila lagi mahu bersedia jika bukan sekarang???
Jadilah permata terbaik di segenap pelosok yang kalian singgahi. Jaga solat kerana itu tunjang utama kehidupan.. Bijak memilih rakan-rakan baru di kampus.. Berkerja keraslah demi agama bangsa dan Negara. Salam Perjuangan buat pejuang-pejuang KML!!!

Mahasiswa Bijaksana impetus Modal Insan Negara

Nurul Shaza Abd Manaf
27 Jun 2009

Irfaan; Batch 2004

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan