24 Mei 2009

HIV.. Apakah virus sebenar?

Saya kira agak anti-klimaks untuk menceritakan tentang HIV (Human Immunodeficiency Virus) di kala kita dikejutkan sekarang dengan wabak influenza H1N1. Namun sebenarnya intipatinya agak serupa, mungkin bahannya berbeza.




HIV inilah yang menyebabnya penderitanya akhirnya mendapat AIDS.


Steps of Prevention

1. Primary prevention.
Primary prevention bermaksud pencegahan yang dilakukan sebelum HIV menjangkiti atau dideritai oleh seseorang. Bermakna semasa anda sedang sihat, bebas daripada HIV. Tidak melakukan seks bebas yang berisiko, tidak berkongsi jarum suntikan, dan berhati-hati mengendalikan peralatan klinikal seperti jarum, pisau bedah, yang tercemar dengan darah pesakit HIV. Itulah Primary Prevention.

2. Secondary Prevention

Apabila individu A ialah mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan (seperti Commercial Sex Worker, Intravenous Drug User (IVDU), dan sebagainya), pencegahan yang dilakukan di peringkat ini dipanggil secondary prevention. Peringkat yang mana pencegahan dilakukan bertujuan mengurangkan risiko mereka yang terdedah ini daripa mendapat virus. Seakan lebih kurang dengan Tertiary Prevention.

2. Tertiary prevention
Pencegahan yang dilakukan apabila pesakit sudah dijangkiti HIV dan pencegahan bertujuan mencegah HIV yang dihidapinya daripada menjangkiti lebih ramai orang yang lain. Juga bertujuan memulihkan (walaupun bukan semua) taraf hidup dan kesihatan pesakit HIV.
Ibu mengandung yang mempunya HIV positif, akan diberi ubatan antivirus (HAART) untuk HIV. Ini bertujuan mengurangkan risiko bayi dijangkiti. Sekarang telah ada pemberian jarum suntikan percuma, kondom percuma, di negara ini untuk penagih dadah yang mengambil dadah melalui suntikan. Malangnya, langkah-langkah ini jatuh di peringkat pencegahan yang kedua atau ketiga. Begitu juga dengan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit HIV untuk melambatkan proses merosak yang dilakukan oleh virus HIV terhadap sel darah putih yang diberi nama CD4, dalam erti kata lain, memanjangkan hayat pesakit HIV dan memperbaik taraf hidup dan kesihatannya. Itu pencegahan tahap ketiga.

Prevention is Better Than Cure

Pencegahan yang terbaik ialah pencegahan peringkat pertama.
Didik anak-anak anda, masyarakat sekeliling anda. Aqidah yang jitu. Akhlak yang terpuji. Maka selesailah soal pergaulan bebas, seks bebas, ketagih dadah, homoseksual. Itulah pencegahan peringkat pertama.

Sebenarnya


Andaikata seseorang yang mempunyai HIV positif menggigit anda di jari, kebarangkalian untuk anda beroleh HIV ialah 0.1 %. Bermakna dia perlu menggigit anda yang sihat sebanyak 1000 kali untuk anda yang sihat ini mendapat HIV positif.
Maka anda sebenarnya boleh bersalam, memeluk, menyikat rambut, berjalan seiringan dengan pesakit HIV tanpa djangkiti.
Sedangkan Hepatitis C lebih mudah menjangkiti anda sebanyak 100 kali ganda berbanding HIV menjangkiti anda. Sekiranya berlarutan, jangka hayat mereka lebih pendek( dengan izin Allah), hanya beberapa tahun sahaja. Pesakit HIV boleh bertahan sehingga 8 ke 10 tahun. Tetapi pesakit HIV (yang masih belum memperlihatkan tanda-tanda AIDS, bahkan dia sebenarnya masih sihat) dianggap sebagai sangat ‘sakit’, dan ‘hina’. Sehingga ahli keluarga enggan menjaga mereka. Hentikan diskriminasi kita. Terimalah mereka. Siapa yang akan memastikan mereka mengambil ubat setiap hari? Makan minum mereka? Ramai di kalangan pesakit HIV terdiri daripada kanak-kanak, remaja. Tidak dipedulikan akan membuatkan mereka semakin parah. Semakin agresif. Maka berulanglah masalah sosial. IVDU lagi. Seks bebas lagi. Homoseksual lagi. Meluaslah jangkitan HIV.

Sekiranya 100 orang ibu HIV positif mengandung, hanya 20-30 anak yang akan dilahirkan bakal mendapat HIV positif. Bukannya 100% seperti yang kita sangka sebelum ini. Betapa hebat Maha Pencipta menciptakan uri (Placenta) yang bertindak sebagai pelindung semulajadi antara darah bayi dan ibu.

Pesakit HIV meninggal dunia bukan secara langsung berpunca daripada virus, tetapi mereka mati disebabkan jangkitan lain seperti TB, Pneumonia (jangkitan oleh fungus Pneumocystis Carinii yang terdapat di udara), meningitis, dan sebagainya. Kesemuanya disebabkan oleh organisma yang berada di sekeliling kita. Mengapa kita tidak mendapatnya, tetapi pesakit HIV mendapat jangkitan? Ini disebabkan Virus HIV menyerang sel darah putih (CD4) dan memusnahkannya sebanyak yang mungkin. Sedangkan sel darah putih (antaranya CD4) merupakan komponen sistem pertahanan tubuh kita. Sudah tentu apabila dilemahkan, badan kita mudah mendapat jangkitan. Organisma yang disebutkan juga ‘pergi’ pada kita, tetapi pertahanan badan kita masih cukup kuat untuk melawan dan melindungi tubuh.

Sel darah putih CD4 sangat mudah dipengaruhi oleh emosi. Sekiranya tertekan, CD4 dalam tubuh badan kita yang sihat ini boleh menurun dengan banyaknya. Sekiranya kita melawat ke Pusat Serenti, kita akan terdengar alunan zikir para pelatih pusat serenti. Mereka ini yang menghidap HIV positif. Menakjubkan zikir adalah terapi yang menenangkan, ia diamalkan oleh pesakit HIV untuk menaikkan paras CD4 dalam tubuh mereka.
(Nota: AIDS berlaku apabila bilangan CD4 pada pesakit HIV kurang daripada 200)


Beberapa point saya kali ini;

1. Derita HIV boleh dikurangkan, dengan bantuan ahli keluarga, masyarakat sekeliling. Kita bantu mereka, kita kurangkan penularan HIV. Stop the discrimination.
2. Peliharalah institusi kekeluargaan dan institusi kemasyarakatan. Ya, anda sebagai individu, anda dengan kerjaya anda, daie, pemimpin masyarakat, badan berwajib.
3. Banyak langkah dilakukan kementerian untuk menangani kemelut HIV ini. Tetapi kebanyakannya merupakan Secondary dan Tertiary Prevention. Primary prevention? Terletak di tangan kita.. Islam adalah solusi!




Mana nak letak kelab hiburan, Casino, Rumah maksiat?
Lorong Haji Toyyib? Masihkah 'toyyib?'.
Jalan Maarof. Adakah orang-orangnya 'maaruf'' persis namanya?



Bagi jarum percuma

Bagaimana dengan ini?

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”
(HR: Ibnu Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan