18 September 2009

~LapoRan ProgRam Amal RamaDhan~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam Ramadhan & Syawal kepada semua sahabat alumni &pengunjung maya yang setia !
Kami ( Unit Kebajikan) ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan ProGraM AmaL RamaDhan khas buat SAHABAT KITa pada kali ini.

Terima kasih atas sumbangan & tenaga kerja kalian yang sudi 'ambil chakna' akan perkara ini walaupun dihimpit kesibukan bekerja ( bagi yang bekerja), hal akademik & gerak kerja ke arah PRK ( bagi pelajar IPT ).Syukran wajazakallau khairah buat kalian .Moga dengan keikhlasan hati kita untuk 'memberi',Allah melimpahkan rahmat & rezeki yang melimpah ruah buat kita semua.insyaAllah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah , kerana UniT KebajiKan ( UK )telah berjaya menyelesaikan urusan mengepos hadiah raya buat SK di kampus masing2 pada hari semalam ( khamis 17 /9/2009 )di pejabat Pos Mini HUSM , Kubang Kerian tepat pukul 12.30pm!

Oleh itu, moleklah kiranya UK bercerita serba ringkas tentang bingkisan disebalik tabir persiapan untuk menjayakan program amal ini sebagai makluman buat sahabat semua.

Fasa 1 ( Fasa mengumpul dana)- 5 september sehingga hari terakhir Ramadhan 2009
-fasa ini bermula selepas selepas "meeting maya" bersama Majlis Tertinggi ( MT )alumni al- Irfaan semenanjung pada 5 September 2009.Satu keputusan bersama telah dicapai ,yang mana program ini akan dilaksanakn oleh UK secara teknikalnya & MT akan bertindak selaku "promoter" program.Syukran atas kerjasama kalian.
Jumlah kutipan sehingga hari ini = RM 320
baki dana akan dimasukkan ke dalam akaun UK.

Fasa 2( mengumpul maklumat)
-Operasi ini bertujuan untuk mendapatkan laporan tentang SK berserta alamat kolej kediaman mereka daripada PIC di setiap kampus.Prosesnya agak berat atas faktor kesibukan di kampus masing2.Sebagai penyudahnya, UK sendiri telah berhubung secara langsung dengan SK untuk bertanya khabar, meminta alamat & hal2 lain yang berkaitan.

Fasa ( Fasa mencari " hadiah")
-Fasa ini adalah fasa yang paling rumit & agak memenatkan.Uk & sahabat2 di USMKK telah "menjelajah" di kebanyakan kedai baju di bandar Kota Bharu dalam operasi mencari baju raya yang paling bagus untuk SK kita.Percubaan pada hari pertama gagal, maka kami teruskan operasi pada hari kedua pula.Bukan mudah hendak membeli baju , lebih2 lagi untuk orang lain pakai , banyak perkara harus dipertimbangkan,padanlah Muslimat adalah yang paling "excellent" dalam bab memilih & membeli pakaian.

Selain itu, mencari baju kurung siap dengan harga per person RM 40 bukan perkara mudah, ada saja kedai yang menjual harga minimum RM 60 untuk sepasang!Prinsip kami,ala membeli ,menang memakai!

Alhamdulillah , dengan percubaan "teknik berkomunikasi " dengan orang Kelantan yang bagus & rappor yang baik antara pembeli & peniaga, akhirnya kami berjaya memborong 6 pasang baju raya dengan harga RM 35 seorang walaupun harga asalnya adalah RM 65! menarik bukan?










Fasa 4 ( Membalut & mengepos hadiah )-16 September 2009
-Selesai solat sunat tarawih, saya ( wakil UK ) dibantu oleh sahabat seBatch 2nd Year Medic & Dental meluangkan sedikit masa di surau untuk kerja2 ini.Di sinilah kami mengekspresikan segala ilham kreativiti yang ada untuk membungkus hadiah " special" untuk SK.








Wah merahnya,macam bungkusan hantaran!-teguran salah seorang sahabat.


Akhirnya.....siap untuk dipos esok!

Alhamdulillah...
Harapan kami agar hadiah ini dapat sampai cepat kepada pemiliknya ( dijangga pada 19 September 2009 dah sampai )di kampus masing2 & mereka menerimanya dengan hati yang berwarna-warni sempena menyambut lebaran nanti.

Selain daripada baju raya untuk setiap SK, ada mesej berguna yang tersirat pada kad raya yang kami reka khas untuk SK.Ini adalah berdasarkan laporan status & kondisi SK yang diterima daripada PIC mereka sebelum ini.Diharapkan juga agar program ini bisa menjadi pemula kepada pembinaan ikatan ukhuwahfillah antara SK dengan alumni & menjalin " rappor" yang baik antara kedua2 pihak."Win Win situation-lah katakan !"

Saling menjagai, saling menasihati, saling menegur, saling membantu & berkasih sayang, inilah natijah yang diharapkan akan tercipta melalui usaha UK untuk SK agar mereka tidak berasa tersisih setelah memilih Islam sebagai cara hidup mereka yang baru.InsyaAllah, semoga Allah sentiasa melindungi mereka & membuka hati untuk sentisa ingin mengenal Allah & Islam .Kami berdoa agar UK terus diberi kekuatan untuk "memberi & membantu" sahabat2 selagi upaya ada.InsyaAllah, program seterusnya akan menyusul selepas ini.

Salam aidilfitri dari Unit Kebajikan Alumni al irfaan ( UK ) untuk semua.Semoga syawal dirayakan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang setelah puas membaja & menanam amal ibadah di bulan Ramadhan.Sampai bertemu kembali pada Ramadhan akan datang.
Assalamualaikum...

para penggerak program AmaL RamaDhan yang sentiasa aktif & ceria- Terima kasih kerana membantu !Ini "hadiah buat kalian"

~If we work with no matter how hard & tiring the task is, we will be awarded with a sense of joy & bless from Him~

Herfiana Mohd.Rapi
Timb.UK
USM KK.
Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan