13 September 2009

Liqa' Alumni 'Irfaan (Caw. BORNEO)

Alhamdulillah..

Segenap kesyukuran buat Allah swt yang memberikan kekuatan kepada jawatankuasa alumni 'Irfaan untuk menganjurkan program Liqa' (perjumpaan) pada hari sabtu, 12 sept. 2009.

Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar lepasan matrik KML sesi 2008/2009 yang sedang menuntut di sekitar negeri Sabah.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat pelajar tahun 1 lepasan matrik KML yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS bagi sesi kali ini. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin..

Sedikit REVIEW mengenai program Liqa' ini.

***



Ucapan alu-aluan dari Saudara Renifezri, selaku Sekretariat Alumni 'Irfaan SABAH.

Barisan mentor Alumni yang hadir sama:
Syafiq (Peng. Alumni 'Irfaan BORNEO), Saibul (Mentor UPSI), Zulhilmey (Peng. Alumni 'Irfaan SEMENANJUNG), Azizul (Exco MPP UMS)

Ahli alumni 'Irfaan siswa yang hadir

Ahli alumni 'Irfaan siswi yang turut hadir

Perkongsian langsung program dan aktiviti alumni SEMENANJUNG oleh Sdr. Zulhilmey
Mentee siswa: "Hmm.. Lepas nie nak promosi alumni ngan kawan-kawan lain gak!"

Mentee siswi: "Bagaimana nak seimbangkan antara akademik dengan persatuan.. Akak-akak mentor boleh jawab tak?"

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh sdr. Burhanuddin Sirajuddin. Ahli alumni sesi 2003/2004.

Sedutan ucapan:

"Senang jak mahu maintain antara akademik dengan persatuan.. Yang penting kamu semua IKHLAS kerana Allah swt. Dan, jangan sesekali 'bercewek'!"


Satu Hati.. Satu Tekad.. Satu Matlamat..

Tiada ulasan:

Catat Komen